Harian Metro

SENTUHAN SEGAR ORANG MUDA

Sime Darby sasar pembeli profesiona­l menerusi pelancaran Lot 15 di Subang Jaya

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@hmetro.com.my

Sime Darby Property melancarka­n projek hartanah terbarunya, Lot 15 yang terletak di Pusat Bandar Subang Jaya (SJCC) dengan nilai pembanguna­n kasar (GDV) RM269.2 juta.

Projek hartanah terbabit adalah apartmen servis yang meliputi dua menara kediaman 20 tingkat dengan jumlah keseluruha­n rumah ditawarkan 361 unit termasuk unit runcit tiga tingkat.

Lot 15 dibangunka­n di kawasan seluas 0.9 hektar menawarkan unit pegangan bebas bertujuan memenuhi kehendak dan keperluan pembeli rumah pertama dan profesiona­l muda seperti pelabur hartanah.

Pengarah Urusan Sime Darby Property Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata, ini adalah masa tepat bagi syarikat memberi sentuhan lebih segar dan baru di Subang Jaya menerusi projek Lot 15 dalam pusat perbandara­n

urban di SJCC. “Selepas lebih 40 tahun, Subang Jaya terus mengalami transforma­si perbandara­n yang luar biasa dengan komuniti mapan menjadi penanda aras kepada pembanguna­n perbandara­n di negara ini,” katanya di sini, semalam.

Lot 15 dijual pada harga bermula dari RM593,888 hingga RM1.1 juta sebelum lima peratus diskaun Bumiputera dan lima peratus rebat jualan dengan kawasan binaan bermula dari 624 kaki persegi hingga 1,001 kaki persegi.

Antara fasiliti disediakan termasuk kolam renang dewasa, jakuzi, kolam renang kanak-kanak, dewan dan dek serbaguna, gimnasium, bilik sauna, kawasan barbeku, taman permainan, bilik solat, bilik tukar pakaian dan bilik air.

Setiap menara menawarkan tiga taman langit dan taman herba dengan permandang­an luar biasa di tingkat 30 sesuai bagi sebarang acara bersama keluarga dan rakan.

Selain itu, projek terbabit adalah pembanguna­n transit menghubung­kan pelbagai kemudahan lain seperti Stesen LRT Subang Jaya serta akses mudah kepada lebuh raya utama seperti Lebuhraya Persekutua­n, New Pantai Expressway (NPE), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) dan Lebuhraya Shah Alam (KESAS).

 ??  ?? KETUA Pegawai Operasi/Transforma­si Sime Darby, Datuk Wan Hashimi Albakri (kiri) mendengar taklimat Ketua Pembanguna­n SJCC Yeoh Wei Ling mengenai Lot 15, semalam.
KETUA Pegawai Operasi/Transforma­si Sime Darby, Datuk Wan Hashimi Albakri (kiri) mendengar taklimat Ketua Pembanguna­n SJCC Yeoh Wei Ling mengenai Lot 15, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia