Harian Metro

LUPA, BUKAN HILANG

- Agensi

Misteri sebuah kereta yang dilaporkan ‘hilang’ akhirnya berjaya dirungkai apabila kenderaan itu ditemui semula 20 tahun selepas pemiliknya membuat laporan polis.

Namun, kereta terbabit bukanlah benar-benar hilang seperti yang didakwanya, sebaliknya pemilik lelaki yang kini berusia 76 tahun itu sebenarnya terlupa di mana dia meletakkan kenderaann­ya.

Pemilik kereta itu membuat laporan mengenai kehilangan kenderaann­ya pada 1997 selepas menganggap kemungkina­n ia dicuri apabila usaha mengesanny­a selama beberapa jam gagal.

Bagaimanap­un, baru-baru ini, pihak berkuasa tempatan yang dalam proses untuk merobohkan sebuah bangunan industri lama di bandar itu, secara kebetulan menemui kereta berkenaan di garaj bangunan itu.

Mereka kemudian melaporkan­nya kepada polis bagi mengesan siapa pemilik kereta sebelum mereka bertindak melupuskan­nya.

Polis membuat carian sebelum menemui satu kes laporan kehilangan kereta yang dibuat 20 tahun lalu menerusi sistem mereka.

Portal berita tempatan Jerman, Augsberger Allgemein melaporkan lelaki terbabit berjaya dihubungi polis sebelum dia datang bersama anak perempuann­ya untuk melihat sendiri kereta yang ditinggalk­an selama dua dekad itu.

Malangnya, pertemuan semula itu hanya seketika memandangk­an kereta terbabit kini menjadi besi buruk yang menunggu masa untuk dilupuskan.

 Lelaki jumpa semula kereta selepas gagal

dikesan di tempat parkir, 20 tahun lalu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia