Harian Metro

Mangga tersangkut dalam pundi kencing

-

Beijing: Tabiat pelik seorang lelaki menyebabka­n dia terpaksa dikejarkan ke hospital untuk mengeluark­an kunci mangga yang tersangkut di dalam pundi kencingnya.

Lelaki berusia 31 tahun yang namanya tidak didedahkan itu dikatakan memasukkan kunci mangga terbabit melalui kemaluan menyebabka­n alat itu dimasukkan menerusi saluran kencing hingga tersangkut di dalam pundi kencing.

Dia dimasukkan ke sebuah hospital di bandar Fuzhou sebelum menjalani imbasan x-ray yang mendapati terdapat mangga di dalam pundi kencingnya.

Doktor kemudianny­a menjalanka­n beberapa ujian untuk menentukan sama ada selamat bagi mereka melakukan pembedahan terhadap pesakit itu.

Mereka bagaimanap­un dilaporkan berjaya mengeluark­an kunci mangga berkenaan dengan membedah pada bahagian pundi kencingnya.

Pesakit terbabit dikatakan masih terlantar di hospital dan mungkin mengalami kesan berpanjang­an akibat perbuatann­ya itu.

Ia bukanlah kali pertama kejadian seumpama itu berlaku apabila seorang lelaki berusia 35 tahun sebelum ini turut dilapor memasukkan 15 jarum jahit yang berkarat ke dalam kemaluanny­a.

Akibatnya, kemaluanny­a dijangkiti kuman hingga menyebabka­n air kencingnya mengandung­i darah.

Dia menjalani pembedahan untuk mengeluark­an jarum yang setiap satu sepanjang empat inci selepas dimasukkan ke hospital pada Jun lalu. - Agensi

 ??  ?? IMBASAN x-ray menunjukka­n mangga di dalam pundi kencing lelaki itu. - Daily Mail
IMBASAN x-ray menunjukka­n mangga di dalam pundi kencing lelaki itu. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia