Harian Metro

LAGI DRAMA SETYA

- Reuters

Speaker Parlimen Indonesia yang dinamakan sebagai suspek kes rasuah membabitka­n AS$170 juta (RM710 juta), diletakkan di bawah pengawasan pengawal bersenjata di sebuah hospital oleh penyiasat antirasuah kerana terbabit dalam kemalangan, dipercayai ketika mahu menyerah diri kepada badan berkenaan, kata peguamnya semalam.

Pegawai dari Suruhanjay­a Pembasmian Rasuah (KPK) pada mulanya cuba menahan Setya Novanto yang juga pengerusi Golkar, parti kedua terbesar di Indonesia, di rumahnya di Jakarta Rabu lalu.

Bagaimanap­un, serbuan yang dirakam menerusi kamera televisyen itu gagal menemui Setya, sekali gus mencetuska­n spekulasi dia menyembuny­ikan diri.

Dia kemudian dilaporkan terbabit dalam kemalangan kereta ketika dalam perjalanan untuk menyerah diri di ibu pejabat KPK, petang kelmarin.

Peguam Setya, Fredrich Yunadi berkata, anak guamnya ditemu ramah wartawan yang memandu kenderaan itu ketika kemalangan berlaku.

“Wartawan terbabit melihat ke arah Setya yang berada di tempat duduk belakang, menyebabka­n dia tidak menumpukan perhatian ketika memandu.

“Anak guam saya kini dalam keadaan kritikal dengan kecederaan pada kepala dan tangan.

“Dia belum boleh bangun dan bercakap, hanya mampu membuka mata tetapi pandangann­ya berpinar,” katanya.

Tambahnya, pegawai bersenjata KPK kini berada di hospital tetapi enggan pergi dari situ apabila diminta.

Setya sebelum ini menafikan tuduhan salah laku terhadapny­a, tetapi berulang kali melanggar arahan daripada KPK untuk disoal siasat dengan memberikan pelbagai alasan kononya sakit dan perlu menjalani pembedahan jantung.

Sementara itu, jurucakap KPK, Febri Diansyah kelmarin berkata, nahas itu berlaku sejurus selepas agensi itu meminta ketua polis negara dan Interpol memasukkan namanya ke dalam senarai orang dikehendak­i.

“KPK akan bekerjasam­a dengan doktor untuk memastikan sama ada Setya cukup sihat untuk dibicaraka­n dan berikrar meneruskan siasatan kes itu,” kata Febri kepada Inews TV.

 Speaker Parlimen ditahan dalam wad selepas kemalangan, dipercayai ketika mahu serah diri

 ?? - EPA ?? SETYA dibawa ke hospital menaiki ambulans selepas kemalangan, kelmarin.
- EPA SETYA dibawa ke hospital menaiki ambulans selepas kemalangan, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia