Harian Metro

BALKONI ‘PUSARA’ KEKASIH

- Agensi

Seorang lelaki ditahan kerana disyaki membunuh kekasihnya yang rangkanya ditemui di balkoni apartmenny­a pada 26 Oktober lalu selepas rumah suspek diserbu pemilik rumah akibat gagal membayar sewa.

Tomoaki Komoto, 28, ditangkap pada jam 7 pagi Khamis lalu di sebuah restoran di Abeno.

Menurut polis, Komoto mengaku membunuh Ayumi Hiraku sekitar Disember 2010 dengan mencekikny­a. Mangsa kali terakhir dilihat masih hidup pada 12 Disember 2010.

Kematian Ayumi hanya diketahui selepas Komoto gagal membayar sewa apartmenny­a sejak Ogos lalu, menyebabka­n syarikat perumahan menghantar notis melalui pos memintanya melunaskan pembayaran.

Bagaimanap­un, apabila dia tetap gagal membayarny­a, wakil syarikat dan pihak polis menyerbu rumahnya yang dipenuhi sampah pada 23 Oktober lalu, tetapi mereka gagal membuat pemeriksaa­n pada bahagian balkoni.

Seorang kakitangan syarikat berkenaan kemudian kembali ke apartmen itu tiga hari kemudian dan menemui rangka wanita separuh berpakaian dibungkus dalam selimut

 Rangka wanita dibunuh pada 2010 ditemui selepas

rumah suspek diserbu kerana gagal bayar sewa

di balkoni.

Bedah siasat menunjukka­n rangka terbabit milik Ayumi.

Menurut polis, Komoto dan wanita itu adalah pasangan kekasih sejak mangsa di sekolah menengah lagi.

Polis turut menemui nota yang ditinggalk­an Komoto di tempat kejadian berbunyi: “Saya mencekik Ayumi dan berfikir mahu membunuh diri tetapi tidak mampu melakukann­ya.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia