Harian Metro

BADI KEMBALI

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

 Ka Long punah harapan Chong Wei ke separuh akhir Terbuka China

Badi kekalahan terus menghantui jaguh perseorang­an negara, Datuk Lee Chong Wei apabila ditunjukka­n jalan keluar pada peringkat suku akhir Terbuka China, di Fuzhou, semalam.

Bagaimanap­un, aksi Chong Wei yang kini berusia 35 tahun wajar diberikan pujian apabila dia tidak memberi laluan mudah kepada lawannya yang lebih muda, Ng Ka Long, 23, dari Hong Kong untuk melakar kemenangan.

Dalam perlawanan yang berlangsun­g selama 70 minit, Chong Wei bangkit selepas

(gambar)

tewas 12-21 di set pertama dengan memenangi set kedua 21-15 tetapi gagal mengekalka­n momentum itu apabila tewas 19-21 di set penentuan.

Turun dengan misi untuk kembali mendapat keyakinan selepas tewas awal dalam dua kejohanan sebelum ini, nasib nyata belum memihak kepada pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu (2008, 2012 dan 2016).

Chong Wei sebelum ini ditunjukka­n jalan keluar oleh pemain India, HS Prannoy ketika pusingan kedua Terbuka Denmark sebelum tersingkir di pusingan pertama Terbuka Perancis susulan kekalahan di tangan pemain Jepun, Kenta Nishimoto.

Pemain nombor tujuh dunia itu kini akan mengalihka­n fokusnya kepada saingan Terbuka Hong Kong yang akan bermula Selasa ini - kejohanan terakhir buat pemain itu tahun ini sebelum dia bercuti.

Sementara itu, Ka Long akan membuat perhitunga­n menentang pemenang perlawanan antara juara dunia 2017, Viktor Axelsen dari Denmark dengan pemain Taiwan, Chou Tien Chen bagi perebutan tempat ke final, hari ini.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia