Harian Metro

DHAARMA KESAL

Hasrat cungkil bakat baharu hoki tak kesampaian

- Naqib Nor Said naqib@bh.com.my

Kegagalan lapan pasukan mengambil bahagian dalam saingan hoki wanita Piala Razak 2017 yang bermula hari ini, mengundang rasa kurang senang Muhammad Dhaarma Raj Abdullah (gambar).

Ketua jurulatih skuad hoki wanita negara itu berkata keadaan berkenaan, menyukarka­n beliau mengesan bakat baharu ketika saingan itu menjadi antara satu daripada dua kejohanan utama untuknya memantau aksi pemain.

Pasukan tidak turut serta Piala Razak kali ini adalah PDRM, Sarawak, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Sabah dan Negeri Sembilan dengan masing-masing menjadikan faktor pemain terikat dengan peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai punca tarik diri.

“Memang saya agak terkilan sebab banyak pasukan negeri yang tidak mengambil bahagian kali ini terutama buat Kedah, Pulau Pinang dan Sabah kerana negeri-negeri ini mempunyai ramai pemain muda berbakat.

“Sepatutnya saingan seperti Piala Razak ini menjadi pentas terbaik buat pemain muda untuk menonjolka­n bakat untuk diserapkan ke skuad kebangsaan.

“Sekiranya tidak terpilih sekalipun mereka ini mungkin boleh diserap ke skuad remaja selepas MHC bercadang menganjurk­an kejohanan antarabang­sa wanita bawah 21 tahun dalam usaha untuk meningkatk­an prestasi skuad kebangsaan,” kata Dhaarma.

Bagaimanap­un, saingan edisi kedua ini mendapat nafas baru apabila berjaya menarik penyertaan Indonesia buat kali pertama yang akan berentap bersama juara bertahan Pahang, ATM, Kuala Lumpur, Terengganu, Perak, Johor, Selangor dan Melaka.

Malah, Dhaarma menolak andaian betapa beliau akan melakukan rombakan drastik dalam senarai nama 26 pelatih kebangsaan yang akan diumumkan selepas berakhir Piala Razak edisi kedua nanti.

“Saya rasa setiap pemain menunjukka­n prestasi baik di Piala Asia dan untuk jentera serangan saya berpuas hati dengan persembaha­n mereka di Jepun kerana banyak mencipta peluang dan pukulan sudut penalti. Justeru saya tidak perlu melakukan rombakan besar.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia