Harian Metro

Karnival bawah 14 tahun platform ke Piala Asia 2022

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

Kuala Lumpur: Penganjura­n Karnival Bola Sepak Wanita Bawah 14 tahun yang dilangsung­kan hari ini bakal menjadi platform terbaik buat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengenal pasti bakat baharu yang akan diserapkan ke Sekolah Sukan di Gambang, Pahang.

Setiausaha kejohanan, Normala Abdul Rashid berkata langkah ini diambil untuk cuba merealisas­ikan sasaran layak ke Piala Asia Wanita 2022.

“Program yang diadakan di Wisma FAM dengan kerjasama daripada Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) adalah salah satu platform untuk mencari bakat untuk dimasukan ke Sekolah Sukan di Gambang pada kemasukan Januari 2018.

“Ketika ini, kita sudah ada 17 nama dan sedang menunggu pelepasan ibu bapa masing-masing. Sebenarnya, dalam bola sepak wanita, inilah salah satu cabaran yang kita hadapi.

“Kita menyasarka­n beraksi di Piala Asia 2022 dan ketika ini menfokuska­n kepada pemain dalam kelompok berusia 12 dan 13 tahun,” katanya pada majlis undian di Wisma FAM, semalam.

Pada penganjura­n kali ini, sebanyak 12 pasukan mengambil bahagian termasuk satu daripada Singapura.

Normala juga berkata pihaknya turut bekerjasam­a dengan Program Pembanguna­n Bola Sepak Negara (NFDP), membabitka­n bakat baharu di peringkat 12, 14 dan 16 tahun.

Selain itu, Normala berkata penganjura­n Kejohanan Bola Sepak Wanita Piala Tun Sharifah Rodziah akan berubah format apabila bakal dilangsung­kan secara liga.

“Selepas 30 tahun penganjura­n Piala Sharifah Rodziah, tahun depan ia akan dilangsung­kan dalam bentuk liga,” katanya.

 ?? FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR ?? PENOLONG Setiausaha FAM, Abang Zulkarnain Abang Abdulrahma­n (belakang dua kiri), Pegawai Pembanguna­n Wanita FIFA Kuala Lumpur, Datuk Yap Yim Keong (belakang tiga kiri) dan Pengarah Teknikal FAM, Peter De Roo (belakang empat kiri) bergambar dengan...
FOTO: LUQMAN HAKIM ZUBIR PENOLONG Setiausaha FAM, Abang Zulkarnain Abang Abdulrahma­n (belakang dua kiri), Pegawai Pembanguna­n Wanita FIFA Kuala Lumpur, Datuk Yap Yim Keong (belakang tiga kiri) dan Pengarah Teknikal FAM, Peter De Roo (belakang empat kiri) bergambar dengan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia