Harian Metro

Farah dapat lampu hijau wakili Johor

-

Kuala Lumpur: Hasrat skuad hoki wanita Johor untuk menggunaka­n khidmat Farah Ayuni Yahya menjadi kenyataan apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi ‘lampu hijau’ untuk penjaga gol kebangsaan itu mewakili negeri kelahirann­ya menjelang aksi sulung Piala Razak menentang ATM hari ini.

Misi Johor kali ini adalah memperbaik­i pencapaian tempat ketujuh pada tahun lalu dan sudah tentu dengan pengalaman Farah Ayuni, 28, mampu mengendurk­an tekanan selepas skuad kendalian Lailin Abu Hassan itu dibarisi 12 pemain antara lingkungan usia 15 hingga 18 tahun.

“Memang lega apabila PDRM memberi pelepasan kepada Farah Ayuni dua hari lalu,” kata Lailin.

“Dengan adanya Farah Ayuni, saya berharap dia boleh memimpin pertahanan kami untuk beraksi dengan lebih teratur.

“Saya begitu menagih pengalaman­nya, kerana kali ini kami membawa skuad muda dengan 12 pemain ini masih boleh beraksi pada Sukan Malaysia 2018,”.

Selain Farah Ayuni, Johor yang dilabel sebagai pasukan bukan pilihan turut diperkuatk­an dengan seorang lagi tonggak negara iaitu penyerang Hanis Nadiah Onn bagi menghadapi cabaran daripada naib juara tahun lalu, ATM, Selangor dan Melaka dalam Kumpulan B.

Namun, ketika tumpuan lebih terarah kepada dua pemain negara itu, pasukan lawan juga harus berwaspada dengan kelibat senjata rahsia Johor iaitu Aina Zafifah Mohd Razali, Rabiatulad­awiyah Arifin dan Siti Nur Syahirah Razali yang dikatakan memiliki potensi yang besar.

“Memang saya tidak nafikan kami bakal berdepan kesukaran tetapi saya berharap untuk mara ke separuh akhir.

“Malah, saya yakin ada dua atau tiga pemain muda kami mampu menyerlah pada kejohanan ini,” kata Lailin.

Saingan Kumpulan A pula menyaksika­n juara bertahan, Pahang akan berentap bersama Kuala Lumpur, Terengganu, Perak dan Indonesia yang membuat penampilan pertama pada edisi kedua yang berlangsun­g di Stadium Hoki Pantai Kuala

 ??  ?? SKUAD Johor tekad baiki pencapaian.
SKUAD Johor tekad baiki pencapaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia