Harian Metro

Pilih pemain wakili Pahang ke Liga Badminton Air Asia

- Mohd Rafi Mamat sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Seramai 255 pemain mewakili 15 sekolah menengah di Pahang menyertai Kejohanan Badminton Liga Remaja Kebangsaan AirAsia - Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Pahang bawah 18 (B-18) di Stadium Badminton Persatuan Badminton Pahang (PBP), Indera Mahkota, dekat sini, semalam.

Pertanding­an julung kali diperkenal­kan itu bertujuan memilih pemain yang akan mewakili Pahang ke Kejohanan Liga Badminton Air Asia peringkat kebangsaan di Kuala Lumpur bulan depan.

Majlis perasmian kejohanan selama tiga hari dan menawarkan hadiah keseluruha­n lebih RM5,500 itu disempurna­kan Pengarah Pendidikan negeri, Datuk Rosdi Ismail

Naib Presiden PBP, Salamon Ali Rizal Abd Rahman berkata, kejohanan itu membabitka­n acara perseorang­an dan beregu kategori lelaki dan perempuan, dengan perlawanan akhir akan diadakan pada petang esok.

Katanya, pemenang acara perseorang­an akan membawa pulang hadiah wang tunai dan medal selain berpeluang mewakili Pahang ke peringkat kebangsaan bulan depan.

“Pemain yang bersaing pada kejohanan kali ini berumur antara 13 hingga 16 tahun, dengan kebanyakan mereka sebelum ini

(gambar).

pernah mewakili sekolah di peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) dan Majlis Sukan Sekolah Pahang (MSSP).

“Beberapa pemain utama tidak dapat beraksi pada kejohanan kali ini kerana sedang menduduki peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Saya yakin dengan penganjura­n kejohanan badminton liga remaja kebangsaan usaha BAM mencungkil bakat baru untuk mewakili negara suatu hari nanti akan menjadi kenyataan,” katanya semalam.

Salamon berkata, di peringkat negeri setiap tahun PBP menganjurk­an kejohanan badminton remaja bagi melahirkan barisan pelapis selain turut berpeluang mewakili Pahang di pentas kebangsaan.

Katanya, usaha BAM yang disokong penaja akan merancakka­n lagi pembanguna­n sukan badminton peringkat negeri dan kebangsaan selain dapat mengatasi masalah ketandusan pemain muda berbakat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia