Harian Metro

GOLF CINTA

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Fatin hayun kayu golf sejak kecil

sebelum ceburi sukan memanah

Bidikan atlet memanah negara Fatin Nurfatehah Mat Salleh terutamany­a pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), Ogos lalu nyata tidak perlu dipertikai­kan lagi.

Buktinya, pemegang tujuh rekod kebangsaan itu berjaya meraih dua emas serta satu gangsa untuk menjadi antara penyumbang utama pingat dalam acara itu.

Berusia 26 tahun, karier Fatin dilihat begitu cerah dalam sukan memanah. Namun mungkin ramai yang tidak mengetahui atlet berasal dari Kota Kinabalu, Sabah itu juga hebat bermain golf.

Jelas Fatin, segala-galanya bermula ketika dia berusia enam tahun apabila ayahnya mula memperkena­lkannya dengan sukan itu.

“Ketika itu kami sekeluarga berhijrah ke AS (Amerika Syarikat) kerana ayah menyambung pelajaran. Bermula daripada detik itulah ayah mula mengajar saya bermain golf kerana dia juga aktif bermain golf.

“Apabila pulang ke Malaysia, saya meneruskan hobi itu,” katanya memulakan cerita.

Jelas Fatin, jatuh cintanya kepada sukan golf adalah kerana ia mempunyai persamaan dengan sukan memanah.

“Sebenarnya saya mengenali sukan golf terlebih dulu berbanding memanah yang hanya mula saya ceburi pada usia 10 tahun.

“Bagi saya ia mempunyai 99 peratus persamaan. Contohnya kedua-dua sukan ini memerlukan tahap stamina yang tinggi serta skil yang baik.

“Jika kita tidak dapat menguasai skil itu, maka sukar untuk menguasai sukan berkenaan,” katanya.

Fatin mengakui ramai yang skeptikal apabila menganggap sukan golf adalah untuk golongan berada saja sehingga meleburkan minat untuk mendalami sukan itu.

“Sebenarnya sukan ini tidaklah memerlukan kos yang mahal sangat. Nasihat saya jika anda masih baru hendak belajar, beli saja peralatan golf terpakai yang tidak begitu mahal.

“Yang penting adalah anda perlu mempunyai minat yang mendalam dalam sukan ini,” katanya.

Fatin berkata, tidak mustahil untuknya serius dalam sukan golf sebaik bersara daripada sukan memanah satu hari nanti.

“Saya juga ada fikirkan mengenainy­a tetapi untuk sekarang biarlah saya beri fokus sepenuhnya kepada sukan memanah.

“Apapun tidak mungkin untuk saya meninggalk­an sukan golf kerana ia adalah minat saya sejak zaman kanak-kanak.”

 ??  ??
 ??  ?? AKSI Fatin ketika menghayun kayu golf.
AKSI Fatin ketika menghayun kayu golf.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia