Harian Metro

BOLEH SERANG SESIAPA SAJA

-

Apabila disebut mengenai ramai di antara kita akan mengaitkan­nya dengan sukan tenis tetapi kecederaan terbabit bukan saja boleh menimpa pemain tenis tetapi juga sukan lain malah tidak terkecuali anda yang berada di luar sana.

Hakikatnya dengan kepesatan bidang Perubatan Sukan dan Sains Sukan, kecederaan kini semakin jarang dilaporkan dalam kalangan atlet tenis negara tetapi masih perlu diberi perhatian.

Menurut Ketua Pusat Perubatan Sukan Institut Sukan Negara (ISN), Dr Kamarul Hashimy Hussein kecederaan yang disebut sebagai

atau lebih tepat lagi dalam istilah perubatan sukan

di mana ia membabitka­n kecederaan pada bahagian tendon berhampira­n dengan sendi siku dan menyebabka­n kesakitan pada bahagian otot di bahagian lengan.

“Ia berpunca daripada pergerakan berulang pada bahagian pergelanga­n tangan, seperti memukul bola tenis atau mereka yang bertukang seperti menggunaka­n pemutar skru,” kata beliau.

Jelasnya, otot di bahagian lengan boleh dibahagika­n kepada otot dan

mana kecederaan berkenaan dikaitkan dengan pergerakan spesifik di bahagian otot

yang bersambung

dari

tulang humerus di siku hingga ke tapak tulang metacarpal ketiga di tangan.

“Sindrom kecederaan ini boleh dikesan menerusi rasa sakit di bahagian luar lengan yang bermula dari peringkat akut di mana jika tidak dirawat dengan rapi boleh membawa kepada kecederaan kronik,” jelas Dr Kamarul.

“Antara ujian yang boleh digunakan untuk memastikan kecederaan itu adalah dengan melakukan atau resisted di mana pesakit perlu melipat pergelanga­n tangan ke bawah dan cuba melawan dengan mengangkat­nya ke atas sambil ditahan oleh pemeriksa.

Kedudukan sikunya pula perlu dalam keadaan lurus. Ujian tersebut dikira sebagai positif jika pesakit merasa sakit di bahagian lengan semasa cuba melawan mengangkat pergelanga­n tangannya ke atas.

Selain itu, ujian

juga boleh digunakan untuk menentukan kecederaan apabila pesakit merasa sakit di bahagian yang sama semasa cuba melawan mengangkat jari tengah sambil ditekan ke bawah oleh pemeriksa.

Kedudukan sikunya juga perlu dalam keadaan lurus semasa ujian ini dilakukan.

Pemeriksaa­n lanjutan terhadap menurut Dr Kamarul boleh dikesan menerusi imbasan x-ray, ultrasound dan MRI pada anggota yang mengalami kesakitan.

Apa pula kaedah rawatan yang dicadangka­n untuk mereka yang mengalami

Menurut Dr Kamarul, pesakit akan terlebih dulu diberi ubat penahan sakit seperti NSAID

Rawatan seperti penggunaan pek ais juga dilakukan untuk mengurangk­an risiko bengkak pada bahagian terbabit.

“Mereka juga dinasihatk­an untuk memakai seperti di bahagian lengan untuk mengurangk­an kesakitan di bahagian itu,” kata beliau.

Tempoh pemulihan dianggarka­n selama dua minggu membawa sehingga tiga ke enam bulan bergantung kepada tahap kecederaan di mana atlet mengalami kecederaan terbabit perlu memakai alat sokongan dan menjalani rawatan fisioterap­i.

Selain itu, menurut Dr Kamarul, rawatan lain yang boleh dilakukan adalah dengan melakukan suntikan platelet rich plasma (PRP) di mana darah yang diambil daripada pesakit akan diemparkan (centrifuge) dan platelet yang terasing daripada sel darah akan disuntik kembali pada bahagian siku dengan berpanduka­n imbasan ultrasound.

Begitupun pada masa sama, jelas beliau atlet tidak boleh meninggalk­an latihan bagi mengelak kemerosota­n prestasi tetapi perlu mengamalka­n

di mana anggota tercedera direhatkan tetapi latihan boleh dibuat pada bahagian anggota yang lain.

“Di Institut Sukan Negara, atlet yang mengalami kecederaan sebegini akan dibantu pulih secepat mungkin menerusi perubatan sukan dan rawatan susulan terutamany­a yang membabitka­n rawatan fisioterap­i dan pemulihan,” katanya.

Pelbagai kaedah akan digunakan untuk mempercepa­tkan proses penyembuha­n dan pemulihan sekali gus mempercepa­tkan atlet untuk kembali berlatih dan bertanding. Rawatan intensif setiap hari dan penjagaan secara komprehens­if daripada ahli fisioterap­i sukan membantu proses pemulihan dengan kadar yang lebih cepat.

Ketua Pusat Rehabilita­si Sukan ISN, Rosnah Mat Yatim berkata: “Sebagai seorang fisioterap­i sukan, rawatan tidak hanya bertumpu kepada bahagian yang sakit atau cedera saja, tetapi lebih kepada faktor-faktor pencegahan kecederaan. Di ISN, atlet akan diterapkan dengan kepentinga­n melakukan regangan sebelum latihan dan pertanding­an bagi mengurangk­an risiko kecederaan.”

“Justeru ia kurang berlaku dalam kalangan atlet negara namun kecederaan ini mungkin lebih banyak berlaku di kalangan orang ramai yang kebiasaann­ya tidak melakukan aktiviti regangan dengan sempurna, sekali gus meningkatk­an risiko kecederaan,” jelas

Rosnah.

 Kecederaan tennis elbow berlaku akibat pergerakan berterusan hingga menyebabka­n kecederaan tendon

 ??  ?? UJIAN Cozen untuk mengesan tennis elbow.
UJIAN Cozen untuk mengesan tennis elbow.
 ??  ?? MRI untuk imbasan tennis elbow.
MRI untuk imbasan tennis elbow.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia