Harian Metro

Perancang berkualiti penentu kejayaan pasukan

-

dunia empat kali, pasukan Itali gagal layak ke Piala Dunia 2018. Juara dunia kali terakhir tahun 2006, Itali sudah mula merasakan kekurangan dalam barisan pemain. Bola sepak Itali menjuarai Piala Dunia dengan memiliki pemain istimewa di posisi tertentu. Pemain tengah mereka bukan saja istimewa tetapi terlalu istimewa.

Itali sering bermegah dengan memiliki pemain perancang, iaitu pemain istimewa yang berkeboleh­an luar biasa bukan saja sebagai individu malah menjadi “maestro” dan nadi penggerak utama pasukan.

Kejayaan yang dicapai individu ini meletakkan nama dan identitiny­a secara global. Kita pasti kenal Francesco Totti sebagai legenda bola sepak global. Seorang pemain yang begitu mantap dan matang serta mahir segala aspek bola sepak. Baik dari segi membuat hantaran “killer pass” atau menjaringk­an gol melalui larian individu mahupun jaringan menerusi sepakan percuma.

Kita menyanjung kebolehan Allesandro Del Piero sebagai pemain tengah menyerang dan penyerang kedua yang menjadi legenda bola sepak dunia. Pemain legenda ini juga berkemampu­an menentukan kejayaan pasukan dengan melakukan sesuatu yang istimewa apabila diperlukan.

Itali juga pernah dibarisi pemain perancang seperti Andrea Pirlo yang menentukan hala tuju pasukan dalam setiap perlawanan. Beliau unik kerana beraksi dari posisi yang jauh dari pintu gol berbanding pemain perancang tradisiona­l, tetapi kebolehann­ya memaku pihak lawan dengan hantaran hantaran tajam menjadi senjata utama.

Ketiga-tiga pemain ini memainkan peranan penting dalam sejarah bola sepak Itali serta melakukan impak besar di Piala Dunia 2006.

Sementara itu, Giancarlo Antognoni pula menjadi pemain perancang yang begitu handal, berpengaru­h serta memberi sumbangan besar apabila Itali menjuarai Piala Dunia 1982 di Sepanyol. Kita juga mengenali serta mengakui bahawa Roberto Baggio sebagai legenda bola sepak global dengan corak permainan yang istimewa.

Tetapi jelas selepas Andrea Pirlo bersara daripada mewakili pasukan kebangsaan Itali pada tahun 2015 maka pasukan Itali seakan kehilangan secebis tradisi. Masih belum ada pemain perancang dan setaraf dengan nama-nama yang disebut di atas.

Seperti mana di Malaysia yang juga ketandusan penggerak istimewa di bahagian tengah seperti Azizul Abu Hanifah.

Hanya Marco Verratti dari kelab PSG saja menunjukka­n potensi untuk menjadi pemain istimewa di bahagian itu. Pemain ini mempunyai potensi, bakat serta karektor menjadi pemain berpengaru­h dan sudah sampai masanya beliau di beri tanggungja­wab yang lebih besar.

Bola sepak Itali kini berada di satu persimpang­an yang akan memaksa satu perubahan di dalam konsep permainan pasukan kebangsaan.

Jurulatih yang gagal membimbing pasukan Itali layak ke Piala Dunia 2018 sudah menjadi sejarah. Gian Piero Ventura akan meneruskan kehidupan dengan titik hitam sebagai seorang yang gagal manakala Nelo Vingada, jurulatih yang gagal melayakkan pasukan Malaysia ke Piala Asia 2019 masih lagi kekal.

Nelo Vingada pula dipertahan­kan dengan pelbagai alasan, tetapi pihak berkuasa harus memahami bahawa alasan bahawa pemain kita tidak berkualiti adalah seperti memercik air di dulang.

 ??  ?? TOTTI
TOTTI
 ??  ?? PIRLO
PIRLO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia