Harian Metro

Perginya wira Olimpik 72

- Devinder Singh devinder@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Legenda bola sepak negara pada Sukan Olimpik Munich 1972, Wan Zawawi Wan Yusof

meninggal dunia di Kuantan semalam. Beliau berusia, 68 tahun.

Arwah dikenang sebagai seorang daripada pemain menjaringk­an gol bagi memastikan kemenangan 3-0 Malaysia ke atas Amerika Syarikat pada temasya berkenaan.

Selain menjadi tonggak utama skuad negara, Wan Zawawi yang lahir pada 11 April 1949 di Kota Baharu, pernah bermain bersama Kelantan, Pahang dan Penjara sepanjang kariernya.

Ketika bersama pasukan kebangsaan, beliau menikmati detik kegemilang­an apabila memastikan negara mara ke Olimpik dengan menewaskan Korea Selatan di Seoul pada 1971 selain memenangi pingat gangsa di Sukan Asia Tehran pada 1974.

Dalam satu temuramah bersama Berita Harian tahun lalu, Wan Zawawi berkata dapat bermain dan menjaringk­an gol pada Olimpik 1972 adalah puncak kejayaan kariernya.

(gambar)

“Bermain di Olimpik memberi makna yang besar buat saya tetapi dapat menjaringk­an gol menjadikan ia lebih istimewa,” kata Wan Zawawi yang diletakkan sebagai pemain tengah berganding­an dengan Salleh Ibrahim dan Wong Choon Wah.

“Apabila kami bermain menentang Amerika Syarikat, mereka sangka kami akan takut dan gentar tetapi selepas jaringan pertama Salleh, mereka panik.

“Kami mengambil peluang dan daripada hantaran Choon Wah, saya dapat jaringkan gol ketiga.

Wan Zawawi menyarung jersi pasukan kebangsaan buat kali pertama apabila dipilih ke Kejohanan Remaja Asia 1969 dan tampil dalam pasukan senior buat kali pertama pada Sukan Asia di Bangkok.

Selain pingat gangsa Sukan Asia 1974, Wan Zawawi juga membantu kemenangan dua emas di Sukan SEAP pada 1971 dan 1975.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia