Harian Metro

SABAR, BERI MASA...

- Mohd Fitrie Muhamad mfitrie@bh.com.my

 De Roo akui pemain B-19 perlu diberi lebih

pendedahan sebelum ganti pasukan senior

“Mereka bagus tetapi bukan sekarang! Itu reaksi Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Peter De Roo ketika mengulas kenyataan jurulatih skuad bawah 19 tahun (B-19) negara, Bojan Hodak yang mengatakan pemain muda kendaliann­ya belum bersedia diserapkan ke dalam pasukan senior.

Sambil tidak menafikan kemampuan pemain muda negara, beliau berkata sebaliknya mereka memerlukan lebih banyak masa bagi mematangka­n corak permainan masing-masing.

De Roo berpendapa­t tiada guna untuk mengambil keputusan secara tergesa-gesa sedangkan pemain belum bersedia untuk menggalas tanggungja­wab lebih besar.

“Saya turut ke Korea Selatan menyaksika­n mereka (skuad B-19 tahun) beraksi di kelayakan Piala AFC B-19. Mereka bagus dan kemampuan mereka memang tidak boleh dinafikan.

“Memang ada antara mereka yang bagus tetapi masih ada jurang. Jadi beri mereka masa terlebih dulu.

“Apa pun, sudah pasti mereka akan jadi pengganti skuad senior. Tetapi bukan sekarang kerana mereka masih memerlukan masa untuk mewakili pasukan utama,” katanya pada majlis undian Karnival Bola Sepak Wanita Bawah 14 tahun di Wisma FAM, Kelana Jaya, dekat sini, semalam.

Media semalam melaporkan Bojan tidak bersetuju dengan cadangan untuk mendedahka­n pemain muda dengan aksi tahap senior kerana menganggap anak buahnya itu belum sedia untuk mengubah nasib skuad kebangsaan.

Cadangan itu timbul selepas kekalahan 1-4 Harimau Malaya kepada Korea Utara dalam perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 dengan beberapa pengkritik menganggap pemain muda mampu memulihkan prestasi buruk pasukan kebangsaan ketika ini.

Mereka beranggapa­n beberapa pemain B-19 seperti Hadi Fayyadh Razak dan Akhyar Rashid harus diberi peluang untuk beraksi di bawah jurulatih Harimau Malaya, Nelo Vingada tetapi Hodak menyifatka­n ia sebagai langkah yang terlalu drastik.

Bagaimanap­un, De Roo berkata skuad pelapis negara memerlukan lebih banyak perlawanan dan usaha menggantik­an pasukan senior perlu dilakukan secara berperingk­at.

“Kita lakukannya selangkah demi selangkah. Untuk melangkah lebih jauh, mereka kena sertai banyak kejohanan lagi,” katanya.

 ?? Peter De Roo ?? PEMAIN B-19 negara miliki masa depan cerah. Memang ada antara mereka yang bagus tetapi masih ada jurang. Jadi beri mereka masa terlebih dulu”
Peter De Roo PEMAIN B-19 negara miliki masa depan cerah. Memang ada antara mereka yang bagus tetapi masih ada jurang. Jadi beri mereka masa terlebih dulu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia