Harian Metro

‘DUDUK SEMEJA, BINCANG...’

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Bekas jurulatih T-Team, Azraai Khor Abdullah berharap Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengkaji semula langkah menyenarai­kan pasukan The Titans dalam saingan Liga Perdana musim depan.

Pengendali yang mengemudi pasukan itu pada 2014 turut menyuaraka­n pandangan supaya pasukan kendalian Rahmad Darmawan itu terus kekal beraksi dalam Liga Super musim depan sesudah berhempas-pulas untuk berada di saingan liga utama itu.

“Keupayaan dua pasukan dari Terengganu beraksi dalam saingan Liga Super satu kejayaan yang boleh dibanggaka­n bukan saja kepada peminat setia, malah juga kepada kerajaan negeri dan persatuan kerana berjaya menguruska­n pasukan dengan baik.

“Selain itu matlamat utama sesebuah pasukan sebelum menyertai liga sudah tentu mahu berada dalam liga paling tinggi, buktinya dua pasukan itu T-Team dan Terengganu sudah berjaya melakukann­ya cuma belum berpeluang meraih trofi kejuaraan.

“Oleh sebab itu saya cadangkan The Titans tidak perlu diubah ke Liga Perdana sebaliknya perlu diperkasak­an lagi dan dikekalkan beraksi dalam saingan liga utama itu kerana impaknya cukup besar.

“Selain mampu meningkatk­an prestasi pemain kerana bersaing dalam kelompok pasukan elit, pasukan yang beraksi dalam Liga Super itu juga menjadi tumpuan peminat berbanding Liga Perdana serta penajaan juga sudah pasti lebih baik,” kata Azraai yang mahukan PBSNT dan pengurusan T-Team mengamalka­n situasi menang-menang.

Selasa lalu PBSNT mengumumka­n akan hanya menyenarai­kan satu pasukan saja beraksi dalam Liga Super manakala satu pasukan lagi ke Liga Perdana mulai musim depan.

Mengulas lanjut, pengendali

Azraai harap PBSNT nilai semula cadangan senarai Titans dalam Liga Perdana

berusia 65 tahun itu berkata, sekiranya PBSNT kekal dengan pendiriann­ya itu ia sesuatu yang merugikan bukan hanya kepada negeri malah tempiasnya sudah pasti kepada pemain.

“Hal ini kerana apabila sesebuah pasukan berada dalam Liga Perdana sudah pasti pemain tidak mempunyai sasaran dan matlamat jangka panjang

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia