Harian Metro

‘Kalau boleh nak kekal di Perak’

- Azizan Hashim sukanteam@nstp.com.my

Kuala Terengganu: Bekas pertahanan kiri pasukan Kedah, Mohd Fitri Omar

memilih untuk menyarung jersi Terengganu musim depan sekali gus menolak tanggapan dia akan menyertai juara Liga Perdana, Kuala Lumpur.

Berita gembira itu dimaklumka­n pengendali skuad Penyu, Irfan Bakti Abu Salim yang menyatakan pemain yang mempunyai ketinggian 1.76 meter itu sudah sah menjadi milik pasukannya.

“Kelmarin Fitri sudah menandatan­gani kontrak untuk beraksi bersama Terengganu musim depan dan persoalan mengenai pemain dari Utara tanah air ini yang sebelumnya akan menyertai skuad Penyu sudah terjawab,” katanya semalam.

(gambar)

Dalam media sosial sebelum ini mengaitkan pemain berusia 32 tahun itu bakal mewakili skuad Kuala Lumpur musim depan, namun dengan pengesahan itu menamatkan spekulasi pemain itu bakal berhijrah bersama skuad Warga Kota.

Mengulas lanjut Irfan Bakti berkata, dengan kehadiran pemain itu, ia bakal memantapka­n posisi berkenaan apatah lagi skuad yang terkenal dengan jolokan Peteh Terengganu Peteh itu akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan selepas semusim berada dalam pentas Liga Perdana.

“Pengalaman yang dimiliki bekas pemain kebangsaan itu ditagih Terengganu dan berharap pemain yang juga pernah beraksi bersama Kelantan, Pulau Pinang dan ATM itu mampu memberi impak yang besar kepada pasukan.

“Selain itu kita juga menuntut pemain itu memperagak­an aksi yang baik sebagaiman­a ketika membantu skuad Kedah muncul juara Piala FA, Piala Sumbangsih dan naib juara Piala Malaysia,” katanya.

Sebelum bergelar pemain pertahanan, anak kelahiran Sabak Bernam Selangor itu adalah pemain di posisi serangan dan pernah beraksi bersama pasukan T-Team secara pinjaman dalam saingan Piala Malaysia.

Kelmarin skuad Penyu mengikat penyerang kelahiran England, Lee Andrew Tuck untuk memperkuat­kan jentera serangan pasukan. Ipoh: Penyerang Perak, Nazrin Nawi masih menunggu kata putus dari Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) berhubung kedudukann­ya bersama pasukan itu bagi musim depan.

Ketika dihubungi sebentar tadi, Nazrin, 29, mengesahka­n dia sudah pun berbincang dengan PAFA berhubung kedudukann­ya itu, namun belum pasti bila akan keputusan.

“Setakat ini sudah dua kali perbincang­an diadakan tetapi belum ada keputusan. Entahlah saya tidak tahu kenapa berlaku kelewatan,” katanya.

Nazrin berkata, dia masih sayangkan Perak dan ingin kekal bersama terus skuad Yob jika boleh.

Katanya, dia sudah mendapat rentak dan semakin untuk beraksi dalam Liga Super kerana hanya satu pasukan saja dibenarkan dalam setiap liga sebagaiman­a yang diinginkan PBSNT.

“Justeru, saya sarankan PBSNT duduk semeja dengan pengurusan T-Team bagi membincang­kan hala tuju pasukan kerana bagi saya Terengganu ramai pemain muda berbakat dan kalau boleh T-Team dibarisi 80 peratus pemainnya di bawah usia 22 tahun dan anak jati negeri selain mewujudkan program yang lebih kukuh untuk pembanguna­n,”

katanya.

selesa bersama skuad Bos Gaurus.

“Setakat ini, saya sudah mendapat tawaran dari dua negeri iaitu dari pantai timur dan utara iaitu masing-masing pasukan dalam Liga Perdana dan Liga Super.

‘Tapi saya nak terus kekal di sini. Lagipun isteri saya, seorang doktor yang baru saja berpindah ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh awal Oktober lalu” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia