Harian Metro

Respons positif kejutkan Uqasha Uqasha

-

“Selepas dua tahun mencuba, saya pun dah hilang minat untuk terus mencuba. Tapi pada November tahun lalu ketika kami keluar bersamasam­a beberapa rakan, tiba-tiba dia meluahkan perasaan sukakan saya.

“Waktu itu saya terkejut dan seperti percaya atau tidak kerana selama dua tahun mencuba, kenapa baru sekarang dia mengaku sukakan saya?” katanya ketawa.

Uqasha berkata, soal jodoh diserahkan kepada Allah SWT walaupun ada perancanga­n secara perlahan-lahan untuk menamatkan zaman bujang.

Katanya, dia mengharapk­an sekurang-kurangnya satu anugerah dalam bidang lakonan sebelum melangkah selesa ke fasa perkahwina­n.

TERUJA BERLAKON

DENGAN AWIE

Uqasha teruja apabila dapat berganding­an dengan Datuk Awie yang juga idolanya sejak kecil dalam filem Hantu Kak Limah arahan Mamat Khalid yang kini sedang menjalani penggambar­an.

Menurut Uqasha, sejak kanakkanak dia sering menonton filem lakonan penyanyi kumpulan Wings itu.

“Ketika di lokasi, saya berterus terang dengannya yang saya takut sebab kena berlakon dengannya. Namun, dia pandai membuatkan saya rasa selesa.

“Kami banyak bersembang bagi mendapatka­n keserasian dan keselesaan kerana dalam filem ini, kami dipasangka­n sebagai kekasih,” katanya ketika ditemui di lokasi penggambar­an filem itu di Taiping, Perak, baru-baru ini.

Uqasha berkata, Awie tidak segarang seperti dakwaan segelintir pihak. Malah, pelakon itu sering berjenaka ketika penggambar­an berlangsun­g.

Berkongsi lagi impian berlakon dengan idolanya itu, Uqasha tidak pernah terfikir satu hari nanti dia dapat berganding­an dengan Awie.

“Yalah! Ketika kanak-kanak, saya tidak pernah terfikir untuk jadi pelakon. Kalau jadi pelakon pun, saya tidak terfikir sempat atau tidak berlakon dengannya kerana jarak usia yang sangat jauh,” katanya ketawa.

Dalam filem Hantu Kak Limah, Uqasha membawa watak Puteri Bunian bernama Zaitun yang bercinta dengan Husin lakonan Awie.

Selain Uqasha, pelakon baru lain dalam rendisi Hantu Kak Limah adalah Erra Fazira, Zul Ariffin, Mus MAY, Datuk Seri

Vida, Jue Aziz, Pekin Ibrahim dan Ropi Cecupak.

Barisan pelakon lama terdiri seperti Delimawati sebagai

Kak Limah, Rab Khalid (Yeh Sekupang), TJ Isa dan Sharwani dalam filem yang pernah mencipta fenomena pada 2010 itu.

Hefny luah perasaan sukakannya selepas dia sendiri ‘penat’ jadi perigi cari timba

 ??  ?? Sebelum ini, saya berkawan dengan ramai lelaki tetapi semuanya tidak pasti. Namun, dengan Hefny saya yakin selepas empat tahun mengenalin­ya
Sebelum ini, saya berkawan dengan ramai lelaki tetapi semuanya tidak pasti. Namun, dengan Hefny saya yakin selepas empat tahun mengenalin­ya
 ??  ?? BERGANDING dengan Awie dalam filem Hantu Kak Limah.
BERGANDING dengan Awie dalam filem Hantu Kak Limah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia