Harian Metro

Andi Bernadee tabik Shearer

- Garret Dawum garret@hmetro.com.my

Aksi yang lucu sambil menyanyika­n lagu

Tak Tun Tuang sedikit sebanyak membawa nama Andi Bernadee meniti di bibir peminat dan paling menarik video itu tular dengan tontonan 1.24 juta di laman Youtube.

Sungguh tidak menyangka video itu mendapat sambutan, Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 25, berkata, perkara itu sebenarnya turut membantu dia untuk terus menjenamak­an diri dalam bidang nyanyian.

Katanya, bagi mencipta nama dalam seni suara, bakat adalah perkara utama yang harus dititikber­atkan dan vokal perlu ditingkatk­an untuk menjadi yang terbaik.

“Kehebatan vokal datangnya daripada tenaga yang kita ada. Saya mengambil contoh pemain bola sepak bernama Alan Shearer.

“Bakat bermain bola digunakan sebaik mungkin dan saya paling kagumi dirinya ketika beraksi bersama Newcastle sekitar 21 tahun lalu.

“Bersama pasukan itu selama 10 tahun, Shearer sebenarnya banyak membawa kejuaraan kepada kelab itu sehingga ada yang berkata ‘What do you need to win an EPL? Not 11 players just Alan Shearer. Itu yang masih saya ingat pada legenda bola sepak kelahiran England itu,” katanya.

Kata Andi yang mencipta populariti melalui aplikasi karaoke dalam talian, Smule, Shearer adalah penyerang terbaik dan hebat pernah ditontonny­a.

“Dia menggunaka­n segala kemahiran dan teknik untuk membantu rakan sepasukan dalam setiap perlawanan.

“Keupayaan menggelece­k dan ketangkasa­n menghantar bola membuatkan saya kagum terhadapny­a.

“Sebagai penyerang juga, dia menjalanka­n tanggungja­wab dengan sempurna. Posisi itu memang sesuai dengan dia yang lincah dan dapat mengawal bola,” katanya.

Tambahnya, stamina tinggi dengan tindakan pantas untuk mendapatka­n bola daripada lawan adalah bukti kehebatan Shearer.

“Tidak mustahil, dia adalah penjaring yang sangat produktif dan bijak kerana daripada 206 gol bersama Newcastle, 49 gol dijaring menggunaka­n kepala.

“Selain itu, dia juga pernah dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak Piala UEFA 2004-2005 dan Pemenang Kasut Emas UEFA Euro 1996 serta pemain terbaik Ballon d’Or,” katanya yang juga minat dengan sukan bola tampar pantai.

Sudah jarang bermain bola sepak kerana kesibukan untuk mempromosi single

Tiada Lagi Maaf ciptaan Nasir Deraman menerusi Warner Ipt Road Tour,

Andi berkata, dia memilih kelab Liverpool jika ditanya mengenai pasukan pilihan.

“Saya minat Liverpool sejak dari kecil kerana tahu kelab itu mempunyai potensi menjadi juara

Liga Perdana Inggeris selepas sudah lama tidak menjuarain­ya.

“Usaha membaiki kelemahan selama ini juga menjadi pemangkin kepada kelab itu untuk muncul juara,” katanya yang tercalon untuk anugerah Hot FM sebagai Artis Lelaki Hot 2017 dan Artis Baru Hot 2017.

Menganggap bola sepak sukan terhebat dunia, Andi berkata, kehebatan pemain Liverpool ketika beraksi di padang juga menjadi antara tumpuannya ketika menyaksika­n perlawanan bola sepak.

 ??  ?? SHEARER
SHEARER
 ??  ?? ANDI BERNADEE
ANDI BERNADEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia