Harian Metro

Pilar tidak sabar timang cahaya mata

- Susunan Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Seorang sibuk di padang dan seorang lagi di studio, namun ia bukan satu masalah besar buat ketua pasukan Real Madrid dan Sepanyol, Sergio Ramos bersama teman wanitanya, Pilar Rubio untuk menambah bilangan cahaya mata apabila sekarang ini hidup bahagia bersama dua anak lelaki mereka.

Perkara ini didedahkan sendiri Ramos dan Pilar bahawa mereka bersedia untuk menimang cahaya mata ketiga selepas mengambil gambar keluarga secara santai.

Mereka berdua berkongsi gambar yang sama untuk memuat turun dalam akaun laman sosial masing-masing sambil mengumumka­n berita gembira itu kepada penyokong serta peminat.

Ketika itu Ramos sedang bersedia untuk menyertai kem latihan bersama Sepanyol menjelang perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 6 Oktober lalu menentang Albania.

Pilar dan

Ramos sebelum ini mengesahka­n bahawa mereka berdua sedang hangat bercinta dan dilihat hadir bersamasam­a di Majlis Ballon d’Or pada 2012.

Sejak dari itu, mereka berdua sentiasa dilihat bersama dan dalam diam dikurniaka­n dua cahaya mata lelaki yang diberi nama Marco Ramos Rubio (1 tahun) dan Sergio Ramos Rubio (3 tahun).

Sekarang Sergio bersama adiknya, Marco dijangka akan mendapat adik dalam tempoh dua bulan lagi, namun ia masih belum pasti sama ada mereka bakal menerima adik lelaki atau perempuan.

“Kami mahu mengumumka­n bahawa kami akan menimang cahaya mata lagi,” kata Pilar yang sekarang ini berusia 39 tahun iaitu tua lapan tahun berbanding Ramos.

Menurut Pilar yang pernah mengendali­kan rancangan komedi, Se lo que hicisteis untuk rangkaian televisyen, La Sexta, dia sangat teruja dan gembira berkongsi berita mengenai kelahiran cahaya mata ketiganya itu, seterusnya berterima kasih kepada peminat.

“Saya sangat teruja dan gembira.

Kami sekarang akan dikurniaka­n seorang lagi bayi,” kata Ramos yang turut berkongsi gambar yang sama seperti teman wanitanya, iaitu satu keluarga sedang duduk santai bersama.

Ramos yang sudah beraksi bersama Madrid sejak 2005, sebelum ini pernah bergurau kepada Movistar Plus bahawa gol kemenangan ketika mengalahka­n Real Betis musim lalu ditujukan khas kepada Pilar.

“Dalam bola sepak tidak kira apa saja keputusan, sama ada anda bermain baik atau tidak ia kurang penting. Kita harus memikirkan bagaimana untuk menghiburk­an peminat.

“Kita harus memperting­katkan prestasi dan saya berasa bangga dapat menyumbang­kan kejayaan. Saya tujukan khas gol ini kepada teman wanita saya, jika tidak dia akan berasa marah,” kata Ramos.

 ??  ?? PILAR (kiri) sentiasa berada di sisi Ramos.
PILAR (kiri) sentiasa berada di sisi Ramos.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia