Harian Metro

WAK AM CETUS TEKA-TEKI

-

Dalam kesibukan kelab serta pemain menentukan hala tuju masing-masing bagi menghadapi Liga Malaysia pada musim depan, Amri Yahyah atau Wak Am mencetuska­n teka-teki apabila tweetnya pada 9 November lalu menggambar­kan seolah-olah dia akan meninggalk­an Selangor.

Tweet berbunyi “Tima kasih semua.new team new hope” (Terima kasih semua. pasukan baru harapan baru) menyebabka­n peminat terutama penyokong Selangor tertanya-tanya ke manakah haluan Amri.

Malah, tercetus khabar angin bahawa Amri mahu berhijrah kerana tidak sehaluan dengan seseorang dalam pasukan itu sejak dia pulang ke pangkuan

The Red Giants pada pertengaha­n musim ini.

Pada masa sama, ramai ‘ahli nujum’ tampil membuat ramalan pasukan yang bakal disertai Amri musim depan. Ada yang meneka dia akan menyertai Safee Sali di PKNS, ada pula yang meramalkan dia akan menyarung jersi Pahang.

Tidak kurang juga menggambar­kan Wak Am akan ke Perak. Malah beberapa pasukan seperti Kuala Lumpur dan FELDA United turut dikaitkan.

Spy Bola cuba mendapatka­n kepastian daripada mulut Amri sendiri tapi beberapa panggilan telefon kepadanya sejak minggu lalu tidak berjawab menyebabka­n Spy Bola juga masih berteka-teki.

Apa pun keputusann­ya, Spy Bola yakin Wak Am akan membuat pilihan terbaik untuk dirinya. Pada usia yang akan genap 37 tahun pada 21 Januari depan, sudah tentu dia mahu menamatkan karier dengan detik-detik manis.

 ??  ?? AMRI Yahyah
AMRI Yahyah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia