Harian Metro

ANDIK JADI BURUAN

-

Seorang lagi pemain yang masih membuat penyokong tertanya-tanya ke mana arah tujunya adalah Andik Vermansyah selepas kontraknya tidak disambung oleh Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Khabarnya, banyak pasukan mengidam khidmat pemain bergelar ‘Messi Indonesia’ ini termasuk kelab- kelab dari negaranya sendiri.

Antara yang dikaitkan dengan pemain lincah itu adalah Kuala Lumpur dan Perak. Malah, khabarnya Andik pernah mengadakan pertemuan dengan jurulatih The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic.

Pada Spy Bola tidak mustahil dua individu ini akan kembali bergabung selepas gandingan mereka membantu Selangor menjuarai Piala Malaysia bagi kali ke-33 pada 2015.

Malah, Andik dikatakan sangat serasi dengan corak taktikal Durakovic yang gemar dengan formasi menyerang.

Pada masa sama, di Indonesia, kelab Madura United menunjukka­n kesungguha­n untuk mendapatka­n Andik bagi memperkuat­kan cabaran dalam Liga 1 negara itu.

Pasukan yang menduduki tangga kelima liga musim 2017 itu malah dilaporkan sanggup bersaing membayar gaji lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan kepada Andik di Malaysia.

Pengurus Madura United, Haruna Soemitro mendedahka­n beliau sedang berunding dengan ejen Andik serta yakin ia akan mencapai keputusan positif.

“Saya tanya, kenapa jauh-jauh cari duit di Malaysia? Kami akan membayar lebih tinggi daripada yang diperolehn­ya di sana,” kata Haruna.

Selain Madura, Persebaya Surabaya, Persib Bandung dan Bali United juga dilaporkan sedang memburu Andik. Di samping itu, pemain lincah berkenaan juga dikatakan menarik minat kelab dari Thailand.

 ??  ?? ANDIK Vermansyah
ANDIK Vermansyah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia