Harian Metro

‘tahap bagus saja tidak cukup’

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Kekuatan melodi dan hala tuju lagu jadi keutamaan

dalam penilaian di pentas

AJL

Setiap penyanyi menyimpan impian bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

Namun, bukan mudah untuk lagu dipilih meskipun ia popular dan diminati ramai.

Oleh itu, tahap bagus saja bukan jaminan sesebuah karya itu layak mara ke AJL kerana yang menjadi akar umbinya

MUHAMMAD SUFIAN

CHE ISA

(KETUA BAHAGIAN HIBURAN PRIMEWORKS STUDIOS)

“Saya tahu pentas AJL ada prestij tersendiri apatah lagi penganjura­nnya sudah mencecah tiga dekad.

Bagaimanap­un, objektif utama AJL adalah memartabat­kan lagu terbaik. Oleh itu, penilaian dibuat juri memang lebih difokuskan kepada kekuatan melodi sesebuah lagu. tetap pada melodi terbaik.

Penyanyi dan pelakon Ayda Jebat baru-baru ini meluahkan rasa kecewa apabila lagu

Mata dendangann­ya tidak terpilih. Ia hangat diperkatak­an peminat

Ayda dan netizen.

Ramai menuntut barisan juri dan pihak produksi memberikan penjelasan kriteria lagu yang akan dipilih untuk ke AJL.

Rentetan itu, bagaimana pula perasaan penyanyi lain yang lagu mereka tidak kurang hebat dan popular, namun tidak terpilih?

Di bahagian produksi pula, sudah banyak pengalaman dilalui sepanjang menganjurk­an AJL setiap tahun.

Ada saja cerita sensasi yang timbul namun tidak perlu cepat melatah.

Ini kerana saya akui bukan mudah penilaian sesebuah lagu dibuat.

Lebih sukar lagi apabila terlalu banyak lagu bagus dan popular bertanding. Layak atau tidak tetap bergantung pada kekuatan melodi serta rezeki.”

DATUK MOKHZANI ISMAIL (KETUA JURI)

“Memandangk­an AJL adalah pertanding­an untuk memartabat­kan lagu terbaik, kriteria pemilihan lagu dibuat cukup teliti.

Sebagai juri, mandat yang digalas bukan mudah lebih-lebih lagi kebanyakan lagu dipertandi­ngkan bagus dan popular.

Bagaimanap­un, untuk penilaian lagu di pentas AJL sememangny­a kekuatan melodi dan hala tuju lagu jadi keutamaan.

Oleh itu, penilaian markah dibuat barisan juri meliputi 40 peratus melodi, lirik (20 peratus), penerimaan khalayak dan pendengar (20 peratus) dan persembaha­n (20 peratus).

Oleh itu, tahap bagus saja tidak cukup jika masih ada kekurangan daripada aspek kekuatan melodi.”

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia