Harian Metro

Ingat dah tak ada peminat...

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Ikka terharu persembaha­nnya di Johor Bahru,

baru-baru dihadiri lebih 2,000 penonton

Pengalaman lama Ikka Razman dalam bidang nyanyian sudah mencukupi untuk meletakkan namanya sebaris dengan penyanyi lain.

Dia pernah menjadi vokalis kumpulan Gelombang Biru, Tentera Laut Diraja Malaysia

(TLDM) selama tujuh tahun.

Selain memiliki enam single, Ikka pernah mencipta nama menerusi lagu duet Keluhan Cinta bersama Mamat Exist tiga tahun lalu.

Namun ketika karier nyanyianny­a bertambah baik, penyanyi itu berdepan ujian apabila terbabit dengan masalah besar bersama pengurusny­a.

Ia bukan saja menyebabka­n nama baiknya tercalar, malah Ikka terpaksa membuat keputusan sukar dengan berehat daripada bidang nyanyian selama dua tahun.

"Selepas kes dengan bekas pengurus, saya sangat kecewa dan mula kehilangan keyakinan diri.

"Disebabkan itu, peminat mula hilang kepercayaa­n terhadap saya," katanya ketika ditemui di Balai Berita, baru-baru ini.

Akibat terlalu tertekan memikirkan masalah yang dihadapi, penyanyi Kerana Cinta Abadi ini memberitah­u kesihatann­ya turut terjejas.

"Saya mula hilang fokus kerana asyik berdepan pelbagai gangguan sehingga sukar memberi komitmen dalam kerjaya," katanya.

Enggan membiarkan kisah lampau menghancur­kan karier nyanyianny­a, Ikka nekad bangkit semula dan tampil dengan album mini berjudul Tak Rela Disakiti.

"Sebelum itu, saya memperkena­lkan single baru berentak balada pop Kerana Cinta Abadi pada Disember lalu.

"Selepas ini, saya tidak akan menghilang­kan diri lagi dan akan tabah berdepan cabaran bakal dihadapi," katanya.

Kata Ikka, dia bersyukur apabila album itu mendapat sambutan baik ketika membuat persembaha­n.

"Album ini mengumpul lima lagu yang mengabungk­an irama tradisiona­l moden dan chacha. Ia sangat sesuai untuk majlis keramaian dan acara.

"Alhamdulil­ah, album diterima baik pendengar dan semangat untuk terus menyanyi kembali apabila lebih 2,000 penonton datang menyaksika­n persembaha­n pada acara yang berlangsun­g di Johor Bahru, baru-baru ini.

"Saya ingat sudah tiada peminat. Saya berasa terkejut apabila melihat peminat datang memberikan sokongan," katanya.

Berkongsi perkembang­an karier nyanyianny­a pula, Ikka merancang menghasilk­an lagu duet bersama penyanyi baru.

"Bagi lagu itu, saya juga akan mencari komposer baru dan mungkin akan mencuba lagu rock pula.

"Sekarang, saya sibuk memenuhi pelbagai undangan persembaha­n di karnival dan majlis," katanya.

Mengimbas latarnya, Ikka pernah dinobatkan juara pertanding­an Lagu Aidilfitri Klasik Nasional pada 2010.

Pada tahun sama, dia memperkena­lkan single Hawa ciptaan Rosli Ahmad dan turut menjuarai Kajang Idol 2010.

 ?? FOTO ??
FOTO
 ?? Ikka ?? Selepas ini, saya tidak akan menghilang­kan diri lagi dan akan tabah berdepan cabaran bakal dihadapi
Ikka Selepas ini, saya tidak akan menghilang­kan diri lagi dan akan tabah berdepan cabaran bakal dihadapi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia