Harian Metro

Kian menyerlah di seberang

- Ramlah Zainal ramlah@hmetro.com.my

Bermula dengan siri HBO Halfworlds, Headshot dan filem My Stupid Boss, nama aktor hebat Bront Palarae semakin mendapat tempat di persada seni Indonesia.

Terbaru, Bront beraksi dalam filem genre seram Pengabdi Setan arahan

Joko Anwar yang mendapat sambutan hangat di pawagam Indonesia sejak ditayangka­n pada 28 September lalu.

Bukan saja mendapat sambutan di pawagam, filem ini juga mendapat pencalonan terbanyak pada Festival Filem Indonesia 2017 (FF1).

Selepas Indonesia, filem Pengabdi Setan terbitan Rapi Films akan mula menjengah pawagam seluruh tanah air pada 23 November ini.

Pemilik nama sebenar Nasrul Suhaimin Saifuddin, 39, menzahirka­n rasa syukur kerana bakatnya berjaya membuka mata penerbit filem negara seberang.

“Selepas siri Halfworlds, saya ditawarkan Joko beraksi dalam Pengabdi Setan.

“Saya juga menimba pengalaman menarik dalam siri Halfworlds yang membabitka­n penggambar­an selama dua bulan.

“Manakala, dalam filem Pengabdi Setan pula, penggambar­an berlangsun­g selama 18 hari.

“Kali ini lebih mudah kerana saya sudah tahu cara bekerja Joko dan apa yang dimahukann­ya dalam filem ini,” katanya.

Filem ini menampilka­n barisan pelakon dari Indonesia seperti Tara

Basro, Dimas Aditya, Ayu Laksmi, Endy Arfian, Nasar Annuz dan Muhammad Adhiyat.

Mengulas wataknya sebagai bapa, kata Bront, dia sudah berusaha memberikan yang terbaik seperti dikehendak­i pengarah.

“Saya juga dapat menguasai dialog bahasa Indonesia dengan baik melalui bantuan pengarah dan kru produksi.

“Babak paling sukar ialah ketika penggambar­an dalam perigi pada jam 2 pagi.

“Bayangkan saya kena berenang dalam air yang sejuk dengan suhu serendah 5 darjah Celsius,” katanya.

Ditanya gandingan dengan Tara pula, kata Bront, ia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia