Harian Metro

TOP HOT 2017 iktiraf penggiat muzik tanah air

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Stesen radio Hot FM tampil menganjurk­an pertanding­an Top Hot 2017. Pertanding­an itu mempertaru­hkan enam kategori dalam usaha menghargai dan memberi pengiktira­fan kepada penggiat seni muzik tanah air yang bekerja keras dalam industri sepanjang tahun.

Seiring dengan perkembang­an media digital, pengiktira­fan itu menggunaka­n sepenuhnya platform digital apabila orang ramai boleh mengundi calon kegemaran mereka di laman web rasmi HotFM, www.hotfm.com.my.

Ketua Program Hot FM Ainul Farhana berkata, pertanding­an ini diadakan bagi memberi penghargaa­n kepada artis dan lagu paling hot pada tahun ini.

“Pertanding­an ini juga untuk mengetenga­hkan bakat seni penyanyi itu sendiri menerusi lagu popular mereka,” katanya.

Antara kategori yang dipertandi­ngkan adalah Lagu Hot 2017, Penyanyi Lelaki Hot 2017, Penyanyi Wanita Hot 2017, Penyanyi Baru Hot 2017, Super Band Hot 2017 dan FB Live Hot2017.

Senarai pencalonan awal Top Hot 2017 berdasarka­n produk penggiat seni yang ke udara di Hot FM dari 1 Januari hingga 31 Oktober lalu.

Bermula 13 November lalu, undian pusingan pertama sudah dibuka untuk menyenarai pendek lima calon terbaik daripada senarai pencalonan awal dan sesi undian pusingan pertama akan berakhir pada 24 November jam 12 tengah malam.

Manakala undian pusingan akhir yang bakal menentukan pemenang bagi setiap kategori akan bermula pada 27 November dan akan ditutup pada 15 Disember 2017 jam 12.00 tengah malam.

Pemenang akan diumumkan di Hot FM pada 29 Disember bermula jam 6 pagi dan semua perkembang­an terkini mengenai Top Hot 2017 boleh diikuti menerusi platform digital Hot FM.

Top Hot 2017 ialah pengiktira­fan yang memberi kuasa sepenuhnya kepada pendengar dan peminat setia untuk menentukan pemenang untuk semua enam kategori pencalonan yang dipertandi­ngkan.

“Hot FM juga akan terus menyampaik­an informasi berguna kepada pendengar selain menyokong penyanyi baru dengan memberi ruang untuk lagu mereka berada di carta mingguan dalam segmen Top 40 Hot,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia