Harian Metro

MARIAH batal konsert Krismas

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Walaupun sudah berjanji akan tampil dengan konsert Krismas, nampaknya Mariah Carey, 47, terpaksa akur ia tidak dapat dilakukan akibat mengalami jangkitan pernafasan.

Penyanyi lagu All I Want for Christmas Is You itu sendiri memaklumka­n kepada peminatnya mengenai berita berkenaan di Twitter.

Walaupun kecewa, dia tetap bergurau.

“Nampaknya saya terima hadiah Krismas lebih awal iaitu jangkitan pernafasan selepas diserang selesema minggu lalu,” katanya.

Namun, dia perlu reda dengan perkara itu dan mengambil nasihat doktor jika mahu sembuh sepenuhnya.

“Anda tahu tiada perkara menyeronok­kan selain membuat persembaha­n pada musim Krismas. Bagaimanap­un, saya perlu mematuhi arahan doktor untuk berehat hinggalah boleh kembali menyanyi,” katanya.

Mariah dijadualka­n mula membuat persembaha­nnya di The Colosseum, Caesars Windsor, Ontario, Kanada.

Bagaimanap­un, maklumat terbarunya di laman web mengatakan dia akan hanya memulakan konsert di Beacon Theatre, New York, Amerika Syarikat (AS) pada 27 November. Siri konsert itu sepatutnya berakhir di Colosseum, Las Vegas pada 22 Disember.

Menurutnya, beberapa konsert tambahan juga terpaksa dibatalkan, namun berharap akan dapat bertemu dengan peminatnya secepat mungkin.

Pemulangan wang tiket peminat kini dilangsung­kan untuk konsert yang dibatalkan.

Pengumuman pembatalan konsert di Sands Bethlehem Events Center, Pennsylvan­ia, AS pada 20 November belum dibuat.

Bagaimanap­un, peminat tegar penyanyi berkenaan cukup memahami dan menyokongn­ya tanpa henti.

Mereka turut memberi katakata semangat dan mendoakan dia sembuh secepat mungkin.

Minggu ini, Mariah juga bakal melancarka­n sebuah lagu berkonsepk­an Krismas berjudul Lil Snowman yang menjadi lagu runut bunyi untuk filem animasinya sendiri, All I Want for Christmas Is You.

 ??  ?? Nampaknya saya terima hadiah Krismas
lebih awal iaitu jangkitan pernafasan selepas diserang selesema minggu lalu
Nampaknya saya terima hadiah Krismas lebih awal iaitu jangkitan pernafasan selepas diserang selesema minggu lalu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia