Harian Metro

Beli-belah jadi lebih seronok

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Peneraju peruncitan utama barangan elektrik, produk teknologi maklumat (IT) dan perabot kediaman atau pejabat COURTS Megastore sentiasa berusaha memenuhi keperluan masyarakat Singapura dengan pengalaman kehidupan di apartmen moden.

Menerusi pembukaan rasmi COURTS Megastore di Tampines pada 11 November lalu dengan keluasan 136,000 kaki persegi itu menawarkan pengalaman dan perkhidmat­an membeli-belah yang terbaik pada harga berpatutan.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Negara COURTS Singapura Ben Tan reka bentuk baru megastore itu menjanjika­n pengalaman membeli-belah yang lebih menyeronok­kan.

“Rekaan setiap bahagian juga mudah diakses selain suasana lebih segar, selesa, praktikal dan memberikan idea dekorasi terbaik buat kediaman atau pejabat.

“Selari dengan pelancaran slogan jenama baru ‘Better Living, Better Prices’, COURTS turut memberikan tawaran dan harga istimewa buat pelanggann­ya,” katanya.

Ben berkata kerja pengubahsu­aian ruang atau bahagian dilakukan dalam tempoh dua bulan, menggabung­kan pelbagai kelengkapa­n yang memenuhi keperluan pengguna khususnya pemilik apartmen merangkumi kepakaran komersial, barangan visual, elektirik, IT dan digital, perabot serta aksesori hiasan dalaman.

Empat idea penataan musim baru diketengah­kan iaitu Natural Craft, Metropolit­an, Modern Luxe dan Industrial Loft.

Natural Craft sesuai buat anda yang gemar suasana semula jadi dengan pilihan kayu dan sofa berfabrik kulit.

Metropolit­an memperliha­tkan padanan sofa yang disesuaika­n dengan palet warna gelap umpamanya.

Modern Luxe secara langsung menawarkan gaya terkini buat ruang kediaman anda khususnya jenis apartmen.

Industrial Loft pula mengangkat gaya industri pada pilihan sofa termasuk didatangka­n dengan warna coklat gelap, logam, seakan simen dan kemasan kulit vintaj.

Dapatkan juga sajian kopi percuma di MO Cafe dengan setiap rundingan pilihan perabot. Selain Subway di tingkat tiga.

Sementara COURTS Home pula menawarkan rekaan perabot yang memenuhi keperluan ruang praktikal khususnya kediaman bersaiz apartmen.

Perabot balkoni sama ada ruang luar atau dalaman nyata tahan lasak dan memberikan pilihan terbaik sesuai dengan gaya hidup anda.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia