Harian Metro

Suasana santai tapi elegan

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Roslan mahu pengunjung kedai kasutnya rasa seperti bertandang ke rumah

Ingin menepis pandangan orang ramai terhadap barangan bundle, Roslan Mat Arof, 32, mencipta konsep dekorasi rustik yang berpadanan dengan produk vintaj bagi mewujudkan suasana eksklusif.

Diinspiras­i daripada seni bina dan dekorasi rumah kampung, kedai barangan terpakai di Kilang Bateri, Johor Bahru, Johor ini ternyata mencuri perhatian.

Dari siling hingga ke lantai, Roslan selaku pemilik Bundle Ayoasia menzahirka­n setiap idea menggunaka­n kayu sebagai material utama.

“Produk bundle yang ditawarkan adalah barangan premium jadi, hiasan dalaman kedai ini perlu seiring supaya produk nampak eksklusif.

“Saya pilih kayu sebagai material utama kerana ia lebih berpadanan dengan produk ‘rare’ dan vintaj selain dapat menzahirka­n suasana santai tapi elegan,” katanya.

Kedai berkeluasa­n

365 meter persegi itu dibahagika­n kepada tiga ruang berbeza dan setiap ruang menampilka­n fungsi dan susun atur berbeza.

“Pintu masuk kedai turut menampilka­n pintu dengan jendela seperti rumah kayu lama. Saya mahu pengunjung rasa seperti tetamu bertandang ke rumah.

“Melepasi pintu masuk utama adalah ruangan utama atau ruang tamu yang mempamerka­n pelbagai jenis kasut dengan jumlah yang banyak.

Rak kasut pula direka seperti rak kasut gergasi dan semua kasut disusun secara rapat,” katanya.

Menapak lebih mendalam, pengunjung pasti melalui gerbang bujur yang memisahkan ruang utama dengan ruangan kedua.

“Pada ruang kedua ini, saya selitkan rekaan rak kasut unik dan tersendiri kerana kasut yang disusun pada ruangan ini mempunyai nilai lebih tinggi,” katanya.

Roslan turut mereka bentuk ruang kasut berbentuk heksagon gergasi yang diletak pada satu bahagian dinding sebagai titik tumpu.

Pada ruangan itu juga, pemilik mengetenga­hkan rak kasut empat segi sama bagi mempamerka­n kasut secara tunggal.

Namun, ruang ketiga atau digelar ‘kamar tidur’ itu menempatka­n koleksi kasut istimewa dengan harga paling tinggi.

“Hanya kasut terpilih dipamerkan di ruangan ini jadi setiap pasang kasut dipamerkan secara tunggal dengan setiap satu memiliki rak tersendiri,” katanya.

Mula beroperasi sejak awal 2016, kebanyakan h iasan dalaman Bundle Ayoasia termasuk rak kayu yang ditempah khas, kemasan lantai serta dinding diperbuat daripada kayu palet.

Menariknya, Roslan turut menyusun kayu palet pada bahagian siling bagi menampakka­n seperti lantai tingkat atas rumah kampung.

“Rumah kampung lama lazimnya mempunyai dua tingkat dan biasanya tingkat atas adalah kediaman manakala tingkat bawah sering dijadikan ruang perniagaan kecilkecil­an.

“Saya ingin wujudkan nostalgia itu jadi, saya turut susun kayu palet pada bahagian siling. Ia juga bagi menampakka­n keharmonia­n pada keseluruha­n ruang,” katanya.

Lampu pelita yang menerangi keseluruha­n kedai turut menyuntik kelainan selain turut menaikkan suasana klasik.

Menurut Roslan, lampu istimewa itu dibeli ketika kunjungan ke Bangkok, Thailand.

Selain lampu, jam dinding dengan rekaan unik turut diimport dari India kerana rekaannya dilihat bertepatan dengan keseluruha­n konsep.

Papan tanda kedai turut menggunaka­n kayu hutan yang diukir dan ditempah khas dari pengeluar perabot di Johor Bahru.

 ??  ?? Rumah kampung lama lazimnya mempunyai dua tingkat dan biasanya tingkat atas adalah kediaman manakala tingkat bawah sering dijadikan ruang perniagaan kecil-kecilan KONSEP hiasan dalaman yang diinspiras­i dari rekaan rumah kampung ternyata mencuri...
Rumah kampung lama lazimnya mempunyai dua tingkat dan biasanya tingkat atas adalah kediaman manakala tingkat bawah sering dijadikan ruang perniagaan kecil-kecilan KONSEP hiasan dalaman yang diinspiras­i dari rekaan rumah kampung ternyata mencuri...
 ?? FOTO ?? BUNDLE Ayoasia menampilka­n pelbagai jenis rak kasut yang ditempah khas menggunaka­n material kayu palet.
FOTO BUNDLE Ayoasia menampilka­n pelbagai jenis rak kasut yang ditempah khas menggunaka­n material kayu palet.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia