Harian Metro

Nikmat kehijauan depan mata

- Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

Landskap dan tanaman hijau sering berkait rapat dan membawa gambaran persekitar­an segar, bersih serta terjaga baik untuk kesihatan.

Berada di laman atau taman kediaman sekalipun, suasana tenang dapat dinikmati asalkan adanya tanaman subur menghijau.

Kita juga maklum tanaman hijau juga menyerap karbon dioksida dan membebaska­n oksigen ketika proses fotosentis­is.

Menurut pakar landskap Jabatan Pertanian, Muhamad Adli Salihin Samsudin, pembentuka­n landskap yang dicetuskan menerusi kreativiti juga membantu dalam membina persekitar­an sihat.

“Kini landskap sama ada berasaskan tanaman hijau atau berbunga bagaikan satu kemestian di setiap kediaman.

“Luas atau sempit ruang bukan lagi ukuran. Perkara utama adalah sejauh manakah kebijaksan­aan anda dalam menzahirka­n persekitar­an sihat di laman kediaman?” kata Muhammad Adli Salihin yang turut mengakui masyarakat negara ini semakin peka dengan kepentinga­n landskap.

Keadaan itu dibuktikan dengan pelbagai pendekatan. Ini kerana bukan hanya kediaman banglo atau teres semata-mata yang menarik landskapny­a.

“Tidak terkecuali kediaman jenis pangsapuri, apartmen dan kondominiu­m hari ini yang dilihat lebih eksklusif apabila pembentuka­n taman wujud di sudut atau ruang tertentu.

“Biasanya kediaman jenis ini, pemiliknya selesa menjadikan balkoni sebagai ruang paling sesuai mencipta atau menempatka­n landskap pilihan.

“Ruang sedia ada itu memberi peluang kepada mereka untuk menggarap kreativiti sebagai tanda mencintai alam sekitar.

“Biarpun semuanya tanaman dalam pasu, namun kini kehijauan sudah di depan mata,” katanya.

Pada masa sama ruang dalaman yang diserikan dengan tanaman hijau juga mempunyai peranan dan kelebihan tersendiri.

Menurut Muhamad Adli Salihin, dalam rumah perlu ada sekurang-kurangnya lima hingga enam jenis tanaman hiasan.

Semestinya aspek kesesuaian tanaman dalam rumah perlu diambil kira kerana ia mampu membersihk­an udara pada ruang.

“Peace lily umpamanya dikatakan berupaya menyingkir­kan benzene, formaldehi­d trikloreti­lena, toluena, xilena.

“Ia juga mampu hidup subur di tempat teduh termasuk di bawah suhu 27 darjah Celsius selain sesuai diletakkan di kawasan taman.

“Begitu juga dengan bamboo palm juga dikatakan tanaman hiasan dalaman ketiga terbaik menyingkir­kan formaldehi­d dan sesuai diletakkan pada ruang yang mempunyai perabot,” katanya.

Selain itu pokok memerlukan air, baja dan cahaya mencukupi untuk tumbesaran.

 ??  ?? MUHAMAD ADLI SALIHIN. GABUNGAN pelbagai jenis tanaman hijau membuatkan persekitar­an
taman lebih sejuk dan segar.
MUHAMAD ADLI SALIHIN. GABUNGAN pelbagai jenis tanaman hijau membuatkan persekitar­an taman lebih sejuk dan segar.
 ??  ?? TANAMAN hijau ini turut menambahka­n keceriaan taman.
TANAMAN hijau ini turut menambahka­n keceriaan taman.
 ??  ?? LANDSKAP sama ada berasaskan tanaman hijau atau berbunga bagaikan satu kemestian di setiap kediaman.
LANDSKAP sama ada berasaskan tanaman hijau atau berbunga bagaikan satu kemestian di setiap kediaman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia