Harian Metro

7 legenda pereka dalaman

- Susunan Hartini Mohd Nawi hartini@hmetro.com.my

1.Elsie De Wolfe

Elsie cuba ketengahka­n gaya hidup glamor menerusi rekaan hiasan.

Dilahirkan di New York City pada tahun 1865, beliau kemudian berjaya membaik pulih sebuah kediaman di Irving Place.

Malah cuba mengurangk­an pengaruh dekorasi zaman Victoria.

Gaya perintis ‘antiVictor­ia’ yang dicetuskan tampil dengan warna terang dan lebih moden selain diterima hingga kini.

2.Jean-Michel Frank

Pereka dalaman ini juga tidak dapat mengelakka­n dari menjadikan persekitar­an sebagai inspirasi.

Turut dikenali sebagai pereka dalaman bergaya minimalis, Jean dilihat begitu gemar berkarya dengan kreativiti unik, kompleks dan berkualiti.

Menggemari warna putih dan perabot minimalis. Perabot pernah dihasilkan beliau antara paling ikonik dinamakan meja Parsons dengan kemasan mewah.

3.Albert Hadley

Menggabung­kan elemen glamor dan fungsinya bukan satu tugas mudah dalam kalangan pereka dalaman serta cabaran itu disahut Albert.

Albert yang meninggal dunia pada usia 91 tahun pada 2012 ini juga begitu sinonim dengan reka bentuk yang membawa perlambang­an disiplin dan realiti.

Bukan fantasi melampaui realiti.

Terkenal dengan gaya moden yang secara jelas menggabung­kan campuran gaya reka bentuk untuk diimbangi dengan alam semula jadi.

“Saya tidak mahu ia menjadi moden, dan saya tidak mahu ia menjadi tradisiona­l. Saya mahu ia kelihatan menarik,” antara prinsip Albert dalam rekaan dalaman.

4.Dorothy May Kinnicutt (Sister Parish)

Dikatakan antara pereka dalaman yang mencetuska­n idea perabot kediaman berwarnawa­rni, gelap dan coklat.

Mempunyai hubungan baik dengan Albert yang bertahan selama 30 tahun hingga kematianny­a pada 1994 pada usia 84 tahun.

Perkongsia­n idea dekorasi dua pereka hebat ini dilihat antara paling berjaya dalam dunia rekaan dalaman.

5.Dorothy Draper

Idea dekorasi elegen, ceria dan penuh dengan ‘kehidupan’ antara ciri yang sinonim dengan Dorothy.

Baginya, menghias adalah gambaran keseronoka­n merangkumi kegembiraa­n dalam warna, kesedaran keseimbang­an, perasaan dari pencahayaa­n dan semangat untuk kehidupan.

Dorothy cuba memperluas­kan gaya elegan ‘baraque moden’ untuk kebanyakan bangunan awam termasuk kafeteria di Muzium Seni Metropolit­an New York, hotel Fairmont and Mark Hopkin di San Francisco.

Paling terkenal adalah reka bentuk keseluruha­n Greenbrier di West Virginia.

6.David Hicks

Dilahirkan di Essex, England pada 1929, beliau seorang graduan Central College of Art.

Antara projek mengkagumk­an termasuk bilik untuk Putera Charles dan Puteri Anne pada tahun 1960.

Menjelang 1970-an, David menghasilk­an kertas dinding, fabrik dan linen untuk pejabat serta butiknya yang produktif di lapan negara.

Mengekalka­n gaya pintar dan elektik hingga kematianny­a pada 1998.

7.Billy Baldwin

Keselesaan dan kualiti antara pendekatan Billy.

Gemarkan penataan warna dinding gelap dan tebal serta wujudnya rak khusus untuk buku antara rekaan dalaman Billy yang masih releven hingga kini.

 ??  ?? ELSIE cuba mengurangk­an pengaruh Victoria dalam idea dekorasiny­a.
ELSIE cuba mengurangk­an pengaruh Victoria dalam idea dekorasiny­a.
 ??  ?? PENAMPILAN warna terang dengan elemen moden antara sentuhan Elsie.
PENAMPILAN warna terang dengan elemen moden antara sentuhan Elsie.
 ??  ?? IDEA dekorasi elegen, ceria dan penuh dengan ‘kehidupan’ antara ciri yang sinonim dengan Dorothy.
IDEA dekorasi elegen, ceria dan penuh dengan ‘kehidupan’ antara ciri yang sinonim dengan Dorothy.
 ??  ?? GABUNGAN reka bentuk ilham Albert.
GABUNGAN reka bentuk ilham Albert.
 ??  ?? JEAN turut dikenali sebagai pereka dalaman bergaya minimalis.
JEAN turut dikenali sebagai pereka dalaman bergaya minimalis.
 ??  ?? ALBERT menggabung­kan elemen glamor.
ALBERT menggabung­kan elemen glamor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia