Harian Metro

Urus kediaman lepas banjir

-

Membersihk­an kediaman yang dilanda banjir memerlukan perancanga­n rapi supaya segalanya berjalan lancar bagi mengelakka­n kejadian tidak diingini.

Pastikan air surut sepenuhnya dan perkara pertama adalah mengenal pasti barangan mempunyai rangkaian elektrik yang rosak.

Begitu juga sambungan elektrik yang mengalami gangguan pintasan akibat terkena air.

Jika ada, sila hubungi mereka yang pakar bagi mengatasi masalah itu.

Periksa juga dinding rumah untuk melihat keretakan akibat tekanan air. Jika retaknya besar dan banyak, dinding mungkin boleh runtuh.

Jadi, jangan terburubur­u masuk ke dalam rumah sebelum pasti semuanya terkawal.

Apabila anda masuk ke dalam rumah, matikan aliran elektrik yang biasanya terdapat di kotak litar.

Sekiranya masih ada air dan elektrik pula menyala, kebakaran atau pintasan mungkin boleh terjadi .

Ini kerana air dan elektrik adalah dua elemen yang langsung tidak boleh bertembung serta mengundang kemalangan jiwa.

Ketika membersihk­an rumah pula, pastikan anda menggunaka­n pakaian dan kasut yang sesuai.

Ia bagi mengelakka­n dari terkena lumpur, serpihan kayu dan benda tajam.

Selain itu, pakailah penutup mulut dan hidung untuk melindungi kesihatan anda.

Jangan lupa gunakan sarung tangan dari getah supaya terlindung dari bahan kimia berbahaya atau kotoran. Begitu juga dengan pemakaian topi.

Apabila membersihk­an rumah, sediakan juga peralatan membersih sesuai seperti penyapu, mop, hos air, beg dan bekas sampah.

Seterusnya keringkan ruang dalaman dengan segera bagi mengurangk­an kerosakan.

Buka tingkap dan pintu untuk mempercepa­tkan proses pengeringa­n.

Selain itu, gunakan kipas angin untuk mengeluark­an udara lembap dan mengelakka­n penyebaran kulat serta cendawan.

Jika pendingin udara masih kotor, elakkan penggunaan­nya.

Bersihkan semua permukaan keras seperti lantai, perabot, dan cuci dengan air panas atau detergen.

Selesai pembersiha­n, cucilah tangan menggunaka­n sabun dan air bersih. Ulang semula proses yang sama untuk membersihk­an pakaian.

Selain itu, buang barang yang terlalu kotor dan rosak seperti tilam, permaidani, kosmetik, patung, mainan bayi, bantal dan buku.

Cendawan dan kulat biasanya boleh tumbuh subur selepas banjir, hingga boleh menimbulka­n risiko kesihatan bagi keluarga.

Jadi, perhatikan betulbetul sama ada dinding dan siling mengalami perubahan warna atau menunjukka­n tanda-tanda pertumbuha­n cendawan.

Malah cendawan dan kulat juga tumbuh makin menjadi jika rumah mengalami kebocoran bumbung, dinding atau saluran air.

Kelembapan di dalam rumah perlu dikawal. Gunakan sabun, air bersih dan siram ke lantai serta gosok dengan berus.

Larutan pemutih juga boleh mematikan kuman dan membersihk­an lantai.

Tapi awas, jangan campurkan larutan pemutih dengan bahan ammonia kerana ia berbahaya dan boleh menghasilk­an asap beracun.

Peralatan masak seperti kuali dan periuk sebaik-baiknya direbus dalam air panas selama 10 minit.

Sebelum menyimpan semua peralatan dapur ke dalam almari, bersihkan dulu almari dan bilas dengan larutan pemutih.

Almari pakaian yang sudah dicuci, mesti segera dikeringka­n dan dibuka setiap laci supaya lebih cepat kering.

Tapi, jangan terdedah secara langsung di bawah sinar matahari kerana boleh merosakkan perabot itu.

Jika karpet atau permaidani baru terkena air banjir selama 24 jam atau lebih, gantung permaidani dan sembur dengan air bersih hingga semua kotoran hilang.

Gambar, buku, dan dokumen penting harus dikeringka­n dengan hatihati.

 ??  ?? 1. JANGAN terburu-buru masuk ke dalam rumah sebelum pasti semuanya
terkawal.
2. MEMBERSIHK­AN kediaman yang dilanda banjir memerlukan perancanga­n
rapi.
3. KETIKA membersihk­an rumah pula, pastikan anda menggunaka­n pakaian dan
kasut yang sesuai.
1. JANGAN terburu-buru masuk ke dalam rumah sebelum pasti semuanya terkawal. 2. MEMBERSIHK­AN kediaman yang dilanda banjir memerlukan perancanga­n rapi. 3. KETIKA membersihk­an rumah pula, pastikan anda menggunaka­n pakaian dan kasut yang sesuai.
 ?? FOTO: ??
FOTO:
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia