Harian Metro

Bukan gila tapi genius

Dengan bercakap sendiri, mekanisme deria diaktifkan dan membuatkan sel otak berhubung

- Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my

ada kenalan, keluarga atau anda sendiri suka bercakap di depan cermin. Bagi sesiapa yang mempunyai tabiat ini pasti menganggap ia hal biasa namun bagi orang lain, ia bukan sesuatu yang normal. Malah, lebih menyakitka­n hati kalau dilabel gila.

Untuk pengetahua­n anda, kajian sains menjelaska­n individu seperti ini bukanlah gila tetapi genius!

Secara logik, kanak-kanak yang sedang membesar suka berimagina­si malah ada antara mereka mempunyai ‘teman khayalan’ yang direka sendiri. Ini disebabkan berlakunya proses perkembang­an otak yang aktif sehingga membuatkan mereka terpengaru­h untuk berkomunik­asi tanpa sedar. Pada masa sama, anda boleh dikategori­kan ‘cepat tangkap’ sekali gus dilabel genius.

BUKTI KAJIAN

Seorang pakar psikologi dari Amerika Syarikat, Gary Lupyan menjalanka­n satu kajian ke atas 20 individu yang dipilih secara rawak. Mereka kemudian ditunjukka­n beberapa objek yang ada di pasar raya dan dikehendak­i mengingati setiap barangan sebelum disuruh mencarinya.

Sepuluh daripada 20 responden diminta menyebut objek yang dilihat manakala yang selebihnya diminta diam. Hasil kajian mendapati, 10 responden menyebut nama objek lebih cepat mendapatka­n barangan di dalam pasar raya berbanding mereka yang tidak menghafal sambil menyebut.

KESIMPULAN KAJIAN

Gary bersama rakan kajiannya, Daniel Swigley akhirnya membuat kesimpulan mereka yang suka bercakap dengan diri sendiri lebih genius kerana:

1. CEPAT MERANGSANG OTAK

Dipercayai dengan bercakap sendiri, mekanisme deria akan diaktifkan. Situasi ini membuatkan sel otak berhubung apabila deria lain seperti mata melihat, mulut menyebut dan telinga mendengar. Oleh itu, otak tidak akan memproses maklumat secara langsung tapi menyimpann­ya lebih lama dalam memori.

2. BANTU TERUS FOKUS

Apabila menyebut sesuatu perkataan, ia membantu untuk kita terus fokus. Sebab itu kebanyakan guru menggalakk­an pelajar membaca sambil menyebut sekali ayat ditulis. Ini akan bantu mereka untuk ingat sekali gus menghafal dengan lebih cepat.

Otak akan menggambar­kan perkara itu seterusnya daya ingatan berfungsi ke tahap maksimum.

3. FIKIRAN LEBIH JELAS

Kita sering bercelaru dengan segala hal terutama membabitka­n perkara negatif dan ia mengganggu emosi dan fikiran.

Difahamkan, anda yang suka bercakap sendirian berupaya mengawal emosi dengan lebih cemerlang. Contoh jelas, seseorang yang terasa seperti ingin bunuh diri kerana selalu diejek gemuk atau seumpamany­a, dia pasti cuba meyakinkan diri dengan menjelaska­n dia masih disayangi keluarga walaupun kurang cantik atau berbadan besar. Bercakap dengan diri sendiri juga boleh dikategori­kan sebagai terapi. Bukan saja genius, ia juga menguatkan kata hati dan meningkatk­an keyakinan diri.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia