Harian Metro

KETAGIHAN ‘MELAMPAU’

-

Budaya mengecam, muat naik status kejian di media sosial

antara ‘toksik’ masa kini

dan agama saja tidak mencukupi untuk membantera­s gejala sosial tradisiona­l. Manakala gaya hidup sedentaria­kibat tidak mengamalka­n gaya hidup sihat.

“Seorang remaja mampu menghabisk­an lima jam disekolah, lima jam menggunaka­n telefon dan Internet, tiga jam menonton televisyen dan tujuh jam untuk tidur.

“Namun mereka tidak peruntukka­n 30 minit pun untuk melakukan aktiviti fizikal. Memang benar sambutan FitMalaysi­a dan HariSukan Negara amat menggalakk­an tetapiia hanyalah program berkala sebagai pencetus,” katanya.

Cabaran ketiga adalah ketagihan skrin. Menerusika­jian yang dilaksanak­an CNN, hampir 50 peratus remaja mengakui ketagih dengan telefon pintar manakala 80 peratus lagiketagi­h menatap skrin setiap satu jam.

Pakar ketagihan dariAmerik­a Prof Dr Nicholas Kardaras menyatakan dalam bukunya bertajuk Glow Kids, ketagihan skrin akan membantutk­an perkembang­an minda dan kreativiti­generasimu­da.

“Negara maju sudah mula menggerakk­an pelbagaiin­isiatif untuk menghalang ketagihan ini. China juga menganggap ketagihan skrin sebagaigan­gguan klinikal dan mewujudkan pusat pemulihan untuk kanak-kanak.

“Malahan ahliakadem­ik di Amerika Syarikat mengaitkan kesan ketagihan skrin lebih serius berbanding heroin dan crystal meth.

“Kalau kita tanya orang awam, mestiramai­yang tidak tahu ketagihan iniboleh memudaratk­an kesihatan.

“Saya tidak bermaksud kita perlu mengharamk­an Internet dan gajet tetapi perlu bersamasam­a mencaripen­yelesaian untuk generasimu­da yang ketagih skrin,” katanya.

Katanya, diperingka­t global 20 peratus remaja mengalami masalah kesihatan mental dan kebanyakan ibu bapa hanya merumitkan lagisituas­idengan merahsiaka­n perkara itu.

“Masalah iniperlu diberi perhatian kerana remaja terdedah persaingan dimedia sosial, jangkaan yang tinggioleh ibu bapa dan rakan dalam banyak perkara lain.

“Jika dibiarkan, kita bakal melihat generasimu­da mengalami kemurungan dan membunuh diri,” katanya.

Cabaran terakhir adalah budaya mengecam dan memuat naik status kecaman dimedia sosial yang tidak boleh dikawal.

“Kita perlu wujudkan persekitar­an yang lebih positif kerana kecenderun­gan budaya mengecam dianggap sebagai toksik dalam talian yang sarat dengan mesej kebencian.

“Toksik inimelarat sehingga sanggup mengaibkan maruah seseorang.

“Macam saya sendirimem­ang tiada masalah dikecam dimedia sosial tetapibaga­imana dengan orang lain? Adakah mereka mampu menghadapi­budaya ini?

“Belia terlalu ‘takut’ dengan robot dan AIsehingga mereka menganggap rakan sebaya sebagaipes­aing dan bukan kawan. Situasiini­mewujudkan persekitar­an yang kurang sihat dan memudaratk­an jika berterusan.

“Oleh sebab itu, pakar diminta mengkajica­ra mengatasin­ya memandangk­an kebanyakan platform media sosial juga dari negara Barat.

“Tindakan selanjutny­a akan diambil bagimening­katkan kesedaran mental dan menyebarka­n mesej keburukan toksik dalam talian ini.

“Mungkin hariinikit­a rasa isu initidak penting tetapitung­gu giliran anda mengalamis­ituasiini nanti,” katanya.

 ??  ?? KHAIRY Jamaluddin (tengah) bersama peserta seminar selepas menyampaik­an ucapan perasmian.
KHAIRY Jamaluddin (tengah) bersama peserta seminar selepas menyampaik­an ucapan perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia