Harian Metro

Variasi pilihan buat pelanggan

- Norhadiani Baharom yanie@hmetro.com.my

Menjadikan kisah kejayaan wanita berstatus surirumah menerusipe­rniagaan dalam talian sebagaisum­ber inspirasin­ya, menyuntik keinginan ibu beranak tiga iniuntuk menjana pendapatan menggunaka­n modul yang sama.

Bagipendap­at sesetengah orang, dengan status yang dimilikiDa­tin Syalwana Mohammed (Syalwana), 33, dia tidak memerlukan semua itu kerana mempunyai suamiyang mampu menyediaka­n apa saja untuknya.

“Bagisaya surirumah perlu ada pendapatan sendiri dan kalau ada peluang boleh buat duit kenapa perlu bergantung harap nafkah yang diberisuam­i semata-mata? Walaupun suamimampu menyediaka­n keperluan dan menjaga kebajikan kita, tetapitida­k salah untuk sama-sama menyumbang pendapatan kepada keluarga.

“Inikerana masa depan tidak mampu diramal dan persediaan awal perlu untuk membantu kita menghadapi cabaran harimuka,” katanya.

Sikap mandiriyan­g dipupuk sejak usia mudanya, mendorong Syalwana memulakan perniagaan yang memfokuska­n jualan selendang dan tudung bawal. Mengapa perniagaan itu menarik perhatiann­ya? Ini kerana trend pemakaian tudung selain kesukaanny­a terhadap fabrik.

Pada peringkat awal, dia membelisec­ara pukal daripada beberapa pemborong, kemudian menjualnya semula secara dalam talian. Sambutan yang diberikan amat menggalakk­an mungkin kerana Syalwana cerewet dan telitidala­m pemilihan fabrik serta motif corak.

“Melihat ia satu perniagaan yang menguntung­kan, suami memberikan cadangan untuk mengeluark­an jenama sendiri. Sekurangku­rangnya saya boleh memilih fabrik yang berkualiti­dan mempunyai hak ke atas hak cipta rekaan.

“Saya memilih Ionascarf sebagaijen­ama kerana ‘i’ itu merujuk kepada saya, Ona pula adalah panggilan saya dalam kalangan keluarga dan rakan terdekat,” katanya.

Menawarkan variasi pilihan buat pelanggan, Ionascraf mempelbaga­ikan koleksinya dengan memperkena­lkan turban yang mendapat sambutan hangat dipasaran.

Turban yang boleh digayakan melalui empat stail berbeza itu, menggunaka­n fabrik berkualiti­tinggiiait­u sifon, sutera Thailand dan Jepun. Namun ia boleh dibeli dengan harga berpatutan bermula RM79 hingga ke RM89. Manakala untuk koleksiter­had pula dijual pada harga RM99.

“Kelainan turban ini selain menggunaka­n sutera Thailand dan Jepun, ia dihadirkan dalam himpunan warna menarik. Gaya ikatannya boleh dipelbagai­kan mengikut cita rasa dan tiada siapa akan menyangka anda mengulang tayang turban yang sama.

“Menyentuh keistimewa­an koleksi selendang dan tudung bawal pula, selain fabrik sifon dan sutera satin tentunya jahitan tepi‘eyelash hemming and bb seam’ yang digunakan. Jahitan ‘eyelash hemming’ menyerupai­bulu mata dan jenis jahitan ini menampakka­n cirimewah pada fabrik selain kemas dan cantik,” katanya.

Untuk kepuasan pembelian, pelanggan boleh mengunjung­igaleri butik Ionasacrf diJalan

Setia Perdana BB U13/BB di Setia Alam, Selangor atau membuat pembelian secara dalam talian.

Menghala kepada misipernia­gaan, selain menawarkan peluang keemasan kepada mereka yang berminat menjadi stokis, piihaknya merancang memperbesa­rkan jenama dengan mengeluark­an koleksipak­aian sopan yang juga sesuaidiga­yakan wanita tidak berhijab.

“Memandangk­an mempunyait­ukang jahit dan kilang sendiri, kamiberhas­rat menjadi pembekal tudung suatu harinanti. Bukan itu saja, perkhidmat­an menjahit tudung juga ditawarkan kepada mana-mana pihak yang berminat membuat tempahan secara pukal,” katanya menunggu kehadiran cahaya mata keempat tidak lama lagi.

Perkenal turban boleh

digayakan melalui 4 stail

berbeza

 ??  ?? KOLEKSI tudung dan turban Ionascarf.
KOLEKSI tudung dan turban Ionascarf.
 ?? FOTO: ?? SYALWANA
FOTO: SYALWANA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia