Harian Metro

Bereksperi­men untuk capai kesempurna­an

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my JALAN LUAS TONJOL KREATIVITI

Audi hanya berbekalka­n ilmu asas jahitan ketika sertai syarikat ternama pada 2010

Jarang sekali dapat bertemu tukang jahit lelaki untuk penggambar­an di studio. Kalau ada pun, mereka biasanya datang mengiringi artis dan selebriti yang mengenakan busana dihasilkan.

Kali pertama bersua dengan Pakar Jahit Levi’s Asraf Audi Aziz, 31, di studio baru-baru ini, memang banyak persoalan bermain di fikiran. Bercerita mengenai latar belakang anak kelahiran Kuantan, Pahang ini, Audi lebih senang merendah diri.

Mengakui taraf pendidikan­nya cuma sekadar memegang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), namun

Audi bukanlah seorang yang mudah berpuas hati dengan setiap yang dilakukan sejak remaja hingga kini.

Bermula sebagai barista di kafe, ternyata lelaki ini lebih suka memberi ruang dan peluang kepada dirinya sendiri meneroka potensi dan minat supaya selari dengan kehendak masa depan.

“Membanding­kan saya dulu dan sekarang, memang usia remaja lebih banyak dihabiskan dengan mencuba pelbagai bidang. Saya belajar mengenal minat dan kebolehan diri. Pada usia itu, saya masih tercaricar­i identiti dan bakat yang boleh dikembangk­an untuk menjana kehidupan lebih meyakinkan pada usia dewasa.

“Jadi, selepas tamat SPM pada 2005, saya mula masuk ke bidang peruncitan. Saya memilih bekerja di butik dan pusat beli-belah kerana suasana kerjanya. Kemudian, pada 2008, saya bertukar majikan. Memandangk­an syarikat yang saya sertai itu meletakkan syarat boleh menjahit sebagai sebahagian kriteria pemilihan, jadi saya belajar asas jahitan.

“Dari situ jugalah sebenarnya saya mengenal mesin jahit dan cuba menguasai perkara paling asas seperti memasang benang dan menekan pedal. Sasaran utama adalah untuk mendapatka­n peluang kerja. Syukur akhirnya khidmat saya diterima,” katanya.

Mungkin ramai yang memandang rendah terhadap mereka yang bekerja di bidang peruncitan, namun Audi membuktika­n sebaliknya. Ketika menyertai Levi’s pada 2010, anak muda ini hanya membawa ilmu asas jahitan yang dikuasai sepanjang bekerja dengan majikan terdahulu.

Antara nasib, rezeki dan komitmen tinggi terhadap kerja, dia memilih berdepan realiti kini yang mementingk­an kemahiran dalam hidup.

“Walaupun hanya tahu perkara paling asas (menjahit), itulah yang membezakan kualiti diri saya dengan staf lain ketika itu. Apabila mempunyai kemahiran, secara tidak langsung khidmat saya menjadi keutamaan di butik.

“Satu hal yang penting di Levi’s adalah kebolehan menyambung semula kaki seluar yang dipotong supaya tidak nampak cacat. Mula-mula memang susah hendak menguasai jahitan ini. Apalagi dengan hanya kemahiran paling asas.

“Tapi dengan usaha dan tekad untuk belajar, saya curi-curi tengok staf lain menjahit. Kemudian saya cuba sendiri ketika waktu rehat dan berlatih sampai pandai. Sekitar dua minggu memerhati dan mencuba, akhirnya saya berani menjahit pada seluar sendiri,” katanya yang kini mahir melakukan ubah suai, tampalan, teknik mencarik fabrik (distressin­g), menyiapkan panel depan dan belakang jaket.

Terbaru, Audi berkata, dia sibuk bereksperi­men dengan benang, jarum dan fabrik untuk menguasai teknik sashiko (jahitan tangan) bagi mencapai kesempurna­an dalam hasil kerja serta rekaan corak dihasilkan.

“Sebenarnya, di Levi’s kami sudah mempunyai senarai pilihan ‘tambahan’ untuk pelanggan mendapatka­n sentuhan peribadi, sekali gus menyerlahk­an keunikan koleksi denim mereka sendiri.

“Bagaimanpu­n, ada juga pelanggan yang datang dengan tempahan khusus. Mereka mungkin mahukan kesan koyak berlebihan pada bahagian seluar atau jaket, namun saya tetap akan beri nasihat dan panduan mengikut keperluan.

“Setakat ini, kebanyakan pelanggan yang saya temui tidak cerewet. Asalkan dapat apa yang diinginkan, mereka sudah berpuas hati. Mereka faham sukar untuk mendapatka­n hasil sempurna tapi saya tetap cuba melakukan yang terbaik,” katanya.

Menilai sisi positif Audi yang sentiasa komited mengenal minat dan kecenderun­gan diri, banyak perkara negatif dalam hidup lelaki ini berjaya diubah kepada sesuatu yang bermanfaat serta berharga.

“Saya dulu seorang yang panas baran dan mudah terbawa dengan emosi. Kadangkala hendak meluahkan perasaan pun tidak tahu kepada siapa. Sebagai ganti, saya banyak melepaskan perasaan dengan

 ??  ?? Kadangkala hendak meluahkan perasaan pun tidak tahu kepada
siapa. Sebagai ganti, saya banyak melepaskan perasaan dengan melakukan
‘distressin­g’
Kadangkala hendak meluahkan perasaan pun tidak tahu kepada siapa. Sebagai ganti, saya banyak melepaskan perasaan dengan melakukan ‘distressin­g’

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia