Harian Metro

Sesuai gaya orang Asia

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Gaun ringkasnya cukup sopan digayakan pada majlis minum petang

Sejak 1987, jenama Vero Moda sudah mula menjalar dan mempengaru­hi pemikiran ramai wanita muda di Denmark yang sentiasa mencari trend baru dalam dunia fesyen semasa.

Gayanya menjadi tumpuan berikutan keunikan fesyen ringkas yang diketengah­kan selain memiliki banyak senarai barangan wajib ada untuk melengkapk­an penampilan.

Mengintai koleksi terbarunya sempena pelancaran butik Bestseller baru-baru ini, ternyata Vero Moda mempunyai kelebihan dan tarikan dari segi rekaan serta fabrik.

Berbanding pilihan blaus, jaket, kot trenc atau celana polos, jenama ini dilihat lebih cenderung menghasilk­an koleksi berenda, sulam bunga, bercorak serta beropol, sesuai dengan gaya orang Asia.

Gaun ringkasnya cukup sopan digayakan di majlis minum petang. Hanya tukar padanan aksesori untuk menyerlahk­an pesona pemakai, gaun sama juga sesuai untuk menikmati makan malam romantik bersama pasangan.

Tidak terlalu terikat dengan musim, koleksi yang dibawakan menepati keadaan cuaca tempatan. Ia tidak tebal sehingga merosakkan penampilan, namun masih perlu disesuaika­n dengan gaya dan majlis.

Salah satu rekaan kasualnya menonjolka­n ciri pijama, tetapi masih selari dengan trend fesyen wanita kini yang mementingk­an gaya ringkas, unik dan bersahaja.

Bagi yang sukakan gaya ringkas untuk ke pejabat, padanan celana paras buku lali bersama jaket sedondon cukup menarik perhatian. Potongan longgarnya nampak seimbang untuk wanita tinggi.

Manakala pilihan kot trenc bersulamny­a paling unik, tambahan tidak banyak jenama luar menghasilk­an rekaan sedemikian rupa.

 ??  ?? GAUN ringkas. REKAAN kasual
ciri pijama selari dengan
trend. JAKET sedondon untuk gaya
ringkas ke pejabat.
GAUN ringkas. REKAAN kasual ciri pijama selari dengan trend. JAKET sedondon untuk gaya ringkas ke pejabat.
 ??  ?? KOT trenc bersama blaus bersulam. SATU lagi pilihan gaun ringkas yang manis. GAYA ringkas orang Asia.
KOT trenc bersama blaus bersulam. SATU lagi pilihan gaun ringkas yang manis. GAYA ringkas orang Asia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia