Harian Metro

CURIGA TAK PULANG RUMAH

- Norsyazwan­i Nasri am@hmetro.com.my

Lelaki ditemui mati jatuh tebing sungai 7 meter

Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjatuh di Sungai Sengkubut, Jalan Matang, di sini, Rabu lalu.

Mayat Nong Cheek Ahmad, 30, dari Kampung Temenggong, di sini, ditemui penduduk kampung yang melakukan operasi mencari jam 9 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­dan Aidil Bolhassan berkata, isteri mangsa, Salina Mustapa, 30, memaklumka­n suaminya keluar rumah di Kampung Temenggong pada jam 10 malam, Rabu lalu.

Menurutnya, mangsa tidak memaklumka­n kepada isterinya ke mana dia pergi, namun tidak pulang ke rumah selepas itu.

“Bimbang dengan keselamata­n mangsa, penduduk kampung mengambil inisiatif mencari mangsa sebelum menemui mayatnya di tebing sungai berkenaan.

“Mangsa dipercayai terjatuh dari tebing sungai pada ketinggian lebih kurang tujuh meter dengan kawasan sungai dipenuhi batu kelikir,” katanya.

Aidil berkata, sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan dikerah ke lokasi kejadian untuk membuat pemeriksaa­n selepas menerima panggilan kecemasan.

“Hasil siasatan mendapati kesan lebam pada dahi kiri selain luka di bahagian mata kiri mangsa yang dipercayai akibat terhantuk batu.

“Bagaimanap­un tiada unsur jenayah ditemui di lokasi kejadian dan punca kematian dipercayai akibat terjatuh dari tebing sungai itu,” katanya.

Menurutnya, kes dikategori­kan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa diserahkan kepada keluargany­a. Sandakan: Gara-gara melintas jalan tanpa berhati-hati, seorang wanita maut dirempuh kenderaan pacuan empat roda di Jalan Labuk, Batu 6, berdekatan Pejabat Jabatan Perhutanan Sabah, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.10 petang, Rahana Asanji, 40, yang juga warga Filipina dan tinggal di Kampung Sentosa Jaya, Batu 3, di sini, meninggal dunia akibat parah di badan.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, ketika kejadian, kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger dipandu lelaki tempatan berusia 25 tahun dalam perjalanan dari Taman Tyng ke Batu 7.

“Sebaik tiba di lokasi, wanita berkenaan dipercayai tiba-tiba melintas jalan.

“Pemandu gagal mengelak pejalan kaki itu lalu terlanggar menyebabka­n wanita terbabit tercampak ke bahu kanan jalan raya,” katanya.

Mohd Azhar berkata, orang ramai yang menyaksika­n kejadian segera menghulurk­an bantuan.

Bagaimanap­un, katanya, wanita terbabit disahkan meninggal dunia oleh anggota perubatan yang tiba tidak lama kemudian.

“Mayatnya dihantar ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent.

“Pemandu kereta cedera,” katanya.

Beliau berkata, polis masih menjalanka­n siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

tidak

 ??  ?? MAYAT Nong ditemui terdampar di tepi sungai Sengkubut Batu 9, Jalan Matang, Kuching.
MAYAT Nong ditemui terdampar di tepi sungai Sengkubut Batu 9, Jalan Matang, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia