Harian Metro

Lelaki terkejut ular berlingkar kekenyanga­n dalam reban ayam

-

Seorang lelaki terkejut apabila mendapati ular sawa sepanjang tiga meter di dalam reban ayam ternakanny­a di Kampung Lok Batik, semalam.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi, ular sawa terbabit dipercayai baru membaham seekor ayam milik individu berkenaan.

Yong Yong Izaf, 30-an, yang bekerja di syarikat penyelengg­araan lif berkata, dia hanya menyedari kejadian ketika mahu memberi makan kepada ayam ternakanny­a di reban berhampira­n rumahnya.

“Sudah menjadi kebiasaan pada saya untuk memberi makan kepada ayam di awal pagi sebelum ke tempat kerja.

“Pada pagi tadi (semalam), saya tidak menyangka apa-apa kejadian pelik dan pergi ke reban ayam yang terletak hanya 10 meter dari rumah.

“Alangkah terkejutny­a saya apabila mendapati ada ular sawa berlingkar kekenyanga­n selepas dipercayai membaham seekor ayam ternakan,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Katanya, dia segera keluar dari reban sebelum menghubung­i Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk mendapatka­n bantuan.

Menurutnya, beberapa hari lalu, seekor ayamnya juga didapati hilang.

“Pada awalnya saya sangka dalam kejadian pertama, ayam saya dicuri, tetapi mungkin ia dibaham ular sawa yang sama,” katanya.

Sementara itu, Pegawai APM Unit Tuaran Paulina Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian terbabit pada jam 6.33 pagi.

 ??  ?? ANGGOTA APM menangkap ular sawa di dalam reban di Kampung Lok Batik, semalam.
ANGGOTA APM menangkap ular sawa di dalam reban di Kampung Lok Batik, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia