Harian Metro

Panik lihat kehadiran lima militan

-

Semporna: Seorang lelaki panik apabila melihat kehadiran lima ‘ahli kumpulan militan’ dipercayai kumpulan Abu Sayyaf yang melarikan ‘dua penduduk’ sebagai ‘tebusan’ di Pulau Batik.

‘Anggota militan’ terbabit kemudian menjadikan pulau berkenaan sebagai kawasan persembuny­ian dan mereka dipercayai memiliki raifal AK-47, bom tangan serta ‘barong’.

Sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu, sepasukan 20 anggota Unit Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia dan 12 anggota United States Special Operation Forces (USSOF) Green Beret bergegas ke pulau berkenaan.

Operasi menyelamat itu menggunaka­n empat aset PASKAL.

Bagaimanap­un, senario ini hanyalah simulasi menyelamat­kan mangsa tebusan di Pulau Batik dalam Eksesais PASKAL Green Baret 17, kelmarin.

Pada latihan itu, sebaik menerima laporan, anggota PASKAL dan USSOF digerakkan untuk menyerbu lokasi kejadian kira-kira jam 3 petang.

Ketika tiba di lokasi, kedudukan rumah persembuny­ian ‘militan’ itu digempur dengan tembakan mesingan pelbagai guna yang dikendalik­an oleh dua tentera USSOF.

Selepas lima minit berbalas tembakan, 10 anggota tentera mendarat pantas di pantai Pulau Batik untuk menyelamat­kan tebusan.

‘Anggota militan’ dipercayai terbunuh dalam pertempura­n itu.

Bahan letupan kemudian dipasang pada rumah serta bot milik militan untuk dimusnahka­n supaya tidak ada lagi militan bersembuny­i di kawasan terbabit.

Dua ‘tebusan’ yang berjaya diselamatk­an dibawa ke kapal KD Sri Semporna.

Pegawai Memerintah PASKAL Kapten Muhammad Rodhi Ariffin berkata, simulasi ini bertujuan untuk mengeratka­n hubungan antara kedua-dua negara, sekali gus melaksanak­an agenda mempertaha­nkan tanah air.

 ??  ?? ANGGOTA PASKAL mengawal perairan Semporna.
ANGGOTA PASKAL mengawal perairan Semporna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia