Harian Metro

Tetamu kenamaan, delegasi WIEF-3 jadi fokus utama PDRM

-

Aspek keselamata­n tetamu kenamaan dan delegasi sempena Forum Ekonomi Islam Dunia ke-13 (WIEF-13) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) yang bermula Selasa ini menjadi fokus utama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Amer Awal berkata, seramai 1,402 pegawai dan anggota akan bertugas di lokasi persidanga­n itu berlangsun­g selain ditempatka­n di lokasi strategik lain seperti hotel penginapan.

Menurutnya, pihaknya akan dibantu anggota Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU), Pasukan Gerakan Am, Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Pasukan Polis Marin (PPM).

“Mesin pengimbas akan ditempatka­n di dewan persidanga­n dan penginapan dipantau anggota FRU manakala dua helikopter PGU pula memantau keselamata­n dari udara.

“PPM pula akan melaksanak­an rondaan di sungai berdekatan pusat persidanga­n serta di Tebingan Kuching yang dijangka menjadi tumpuan peserta,” katanya ketika sidang media selepas meninjau lokasi persidanga­n di BCCK, semalam.

Kerajaan Sabah mengumumka­n peruntukan RM4.1 bilion bagi Bajet Sabah 2018 bertemakan Memperkasa­kan Ekonomi, Mensejahte­rakan Rakyat.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata, kutipan hasil negeri pada 2018 dianggarka­n RM4.169 bilion manakala perbelanja­an pada tahun depan dianggarka­n RM4.1 bilion sekali gus mencatat lebihan sebanyak RM64.89 juta.

“Unjuran hasil bagi 2018 meningkat sebanyak 9.2 peratus berbanding anggaran hasil 2017 sebanyak RM3.817 bilion manakala ekonomi negeri ini dijangka berkembang pada kadar 5 hingga 5.5 peratus pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentang­kan Bajet Sabah 2018 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, semalam.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata, kerajaan memperuntu­kkan sebanyak RM1.09 bilion bagi perbelanja­an pembanguna­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia