Harian Metro

GEMENTAR SEBELUM BAHAGIA

Izara Aishah sah jadi isteri kepada anak tiri penyanyi tersohor negara dengan sekali lafaz

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

“Alhamdulil­lah, sempurna sudah majlis pernikahan. Sejujurnya, saya berasa sangat gementar sebelum acara bermula. Namun apabila Adib selesai melafazkan akad nikah, baru saya berasa lega,” kata aktres jelita Izara Aishah, 25, selepas sah bergelar isteri kepada Muhammad Adib Khalid, 27, yang juga anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dengan sekali lafaz tepat jam 9 malam tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwina­n, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor, Ustaz Mohd Jazlan Ali.

Pada majlis yang diadakan di sebuah lokasi perkahwina­n di Damansara itu, Izara menerima mas kahwin RM700 berserta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki. Wang hantaran pula dirahsiaka­n.

Sementara itu, Izara membalas dengan tujuh dulang. Majlis itu dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak, rakan artis dan sahabat handai.

Izara berkata, dia bersyukur apabila majlis yang dirancang selama tiga bulan berjalan lancar.

“Apa yang pasti, bermula sudah tanggungja­wab baru saya sebagai isteri. Saya mengharapk­an semoga rumah tangga yang dibina ini berkekalan hingga ke jannah dan berlangsun­g dengan baik. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.

Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunanga­n pada 7 Julai lalu selepas bercinta selama tiga tahun.

Pasangan ini turut diraikan dalam majlis resepsi sebelah pihak perempuan sesuai acara akad nikah.

Majlis yang mendapat sentuhan daripada perancang perkahwina­n GlamWeddin­gs

Saya mengharapk­an semoga rumah tangga yang dibina ini berkekalan hingga ke jannah dan berlangsun­g baik” Izara

itu turut diserikan dengan persembaha­n nyanyian daripada penyanyi popular tanah air Marsha Milan dan Kilafairy.

Busana kedua-dua mempelai mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal Datuk Rizalman Ibrahim serta barang kemas daripada Habib.

Tatarias pula oleh Khir Khalid. Antara rakan artis yang hadir seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

 ??  ??
 ??  ?? IZARA disatukan dengan Muhammad Adib jam 9
malam tadi.
IZARA disatukan dengan Muhammad Adib jam 9 malam tadi.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia