Harian Metro

GHAIB LEPAS MENANG RM105,000

- Helmy Abd Rahman helmy_rahman@hmetro.com.my

 Juara pertanding­an memancing lesap lepas terima hadiah khuatir jadi mangsa rompak

Sesiapa juga pasti risau sekiranya pegang wang tunai lebih RM100,000 seperti itu” Anudin

Mungkin kerana bimbang membawa wang tunai dalam jumlah besar, seorang lelaki segera ‘angkat kaki’ tidak sampai dua minit selepas menerima hadiah kemenangan RM105,000 apabila diumumkan sebagai juara Pertanding­an Memancing Penutup Tirai 2017 di Tasik Stadium Gong Badak di sini, semalam.

Lelaki bertuah terbabit yang dikenali sebagai Sulaiman Patin berusia dalam 30-an dipercayai dari Paka, Dungun kelihatan tergesa-gesa meninggalk­an tapak pertanding­an anjuran KTJ Fishing pada jam 12 tengah hari.

Pengurus pertanding­an, Anudin Abdul Ghani berkata, Sulaiman memang sering memasuki dan memenangi pertanding­an memancing yang diadakan bersama dua lagi adik-beradiknya.

“Mungkin selepas ambil hadiah kemenangan tadi (semalam), dia (Sulaiman) berasa bimbang dirompak atau diapa-apakan, sebab itu terus berlalu pergi.

“Sesiapa juga pasti risau sekiranya pegang wang tunai lebih RM100,000 seperti itu,” katanya.

Sulaiman meraih hadiah utama itu selepas berjaya memancing ikan patin seberat 4.58 kilogram (kg).

Hadiah lumayan ditawarkan dalam pertanding­an itu berjaya menarik ramai kaki pancing untuk memenuhi kawasan tasik terbabit.

Mengulas mengenai pertanding­an semalam, Anudin berkata, 5,500 peserta termasuk dari seluruh negara dan Thailand mengambil bahagian.

“Pertanding­an ini menawarkan hadiah terbesar iaitu dengan wang tunai keseluruha­n RM200,000.

“Pertanding­an ini menawarkan wang tunai RM105,000 untuk juara, tempat kedua (RM12,000), ketiga (RM5,000), keempat (RM2,000), kelima hingga ke-10 (RM1,000) dan ke-11 hingga ke-100 (RM700),” katanya.

Menurutnya, pertanding­an semalam penutup bagi 2017 selepas pihaknya menganjurk­an tiga siri jelajah sebelum ini.

 ??  ??
 ?? FOTO: SYAFIQ AMBAK ?? SULAIMAN (dua dari kiri) menerima wang tunai RM105,000 selepas diumumkan juara Pertanding­an Memancing Penutup Tirai 2017 di Tasik Stadium Gong Badak, semalam.
FOTO: SYAFIQ AMBAK SULAIMAN (dua dari kiri) menerima wang tunai RM105,000 selepas diumumkan juara Pertanding­an Memancing Penutup Tirai 2017 di Tasik Stadium Gong Badak, semalam.
 ??  ?? PESERTA pertanding­an tekun meletakkan joran mereka.
PESERTA pertanding­an tekun meletakkan joran mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia