Harian Metro

‘ZAKIR NAIK MALAYSIA’

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

“Saya hanya manusia biasa yang mahu menegakkan kebenaran. Kita perlu akui bahawa kegemilang­an Islam bermula daripada ketamaduna­n,” kata penceramah bebas, Ustaz Auni Mohamed, 41, yang digelar netizen sebagai Zakir Naik Malaysia berikutan memiliki ilmu ketamaduna­n Islam yang tinggi selain fakta ceramahnya tidak pernah diketahui umum.

Antara ceramah sering kali menerima pujian adalah sejarah berkaitan kapal Titanic, Freemason, The Da Vinci Code, fitnah akhir zaman, kemunculan dajjal, Yakjuj dan Makjuj serta Daish dan Syiah.

Berikutan itu, guru agama di Sekolah Kebangsaan Seri (SK) Relau, Jalan Paya Terubong, Bayan Lepas, Pulau Pinang berkenaan menerima pujian ramai netizen yang menganggap ilmunya begitu menakjubka­n.

Selain itu, ada beranggapa­n Auni adalah jelmaan penceramah terkenal dari India iaitu Ustaz Zakir Naik apabila setiap kandungan ceramah disampaika­n berasaskan fakta, hadis dan al-Quran.

Lebih mengagumka­n apabila ceramahnya disiarkan di Youtube oleh Abu Khadijah Studio (AKS) menampakka­n Auni tidak membaca sebarang rujukan ketika menyampaik­an butiran.

Anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu berkata, setiap isi kandungan ceramahnya berdasarka­n kajian dijalankan, kebenaran dan fakta.

“Saya menafikan diri ini seperti Ustaz Zakir Naik, bahkan ilmu dimiliki juga masih kurang berbanding beliau (Zakir Naik). Saya makan dan minum seperti manusia biasa, tetapi memiliki cara tersendiri untuk berdakwah,” katanya dihubungi melalui aplikasi WhatsApp.

Ditanya mengenai pendidikan katanya, beliau belajar di sebuah universiti di Kaherah, Mesir pada 1995 hingga 2004 dalam jurusan Perundanga­n Islam.

“Sepanjang berada di Mesir, saya menuntut ilmu ketamaduna­n Islam melalui dua guru agama di negara terbabit. Saya mengikuti kajian, bacaan dan menerima pengetahua­n sejarah betapa gemilangny­a Islam suatu ketika dahulu,” katanya.

Menurut Auni, dia begitu meminati ilmu ketamaduna­n Islam dan pengkajian dilakukan atas kemahuan sendiri.

“Islam berdiri atas tiga dasar iaitu akidah, syariat dan akhlak. Sesungguhn­ya kebenaran Islam diteladani melalui Nabi dan Rasul,” katanya.

Katanya, sebaik menamatkan pengajian di Mesir, dia berkhidmat sebagai guru Jawi, al-Quran, Arab dan Fardu ain (JQAF) di SK Relau sehingga kini.

“Saya mula menyampaik­an ceramah ketamaduna­n Islam secara berjadual bermula 2004 hingga 2013. Kerja dakwah diteruskan secara tetap pada 2014 sebaik AKS merakam ceramah dan memuat naik di Youtube,” katanya.

Auni berkata, dia bersyukur berpeluang menjelajah banyak negeri tanpa halangan bahkan masyarakat Islam di negara ini menerima ceramahnya.

Ditanya kebolehann­ya berceramah tanpa membaca kitab selain memberikan fakta yang unik, Auni berkata, dia mempelajar­i kaedah mengingat daripada gurunya.

“Untuk kuat ingatan, jangan meninggalk­an solat dhuha dan tahajud. Selain itu amalkan membaca doa antara dua khutbah Jumaat iaitu surah Yusof ayat 101. Sebenarnya konsep mengingat menyamai computer maping iaitu hanya pemilik komputer tahu di mana data disimpan di dalam fail.

“Begitu juga otak manusia perlu menghafal dan menghadam ilmu,” katanya yang berpegang pada konsep pegangan sejarah yang benar tidak semestinya rasmi dan sejarah yang rasmi tidak semestinya benar.

Katanya, dia bakal diundang menyampaik­an ceramah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak pada Februari tahun depan dan akan mengupas kuliah berjudul Adam Sebelum Adam.

“Alhamdulil­lah, selain menyampaik­an ceramah, saya kini menjalanka­n kajian mengenai Atlantis Lemuria, Hubungan kerajaan Sulaiman dan Balqis serta Mount of Ophir di Nusantara,” katanya.

Ceramah Ustaz Auni sering kali terima pujian netizen anggap ilmunya menakjubka­n

Untuk kuat ingatan, jangan meninggalk­an solat dhuha dan

tahajud

Auni Mohamed

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia