Harian Metro

DERITA DAGU

Sarina Shafie, 38, dan Baharun Baharudin, 37, menyuntik kolagen di dagu untuk tampil menawan dan mengikut trend semasa. Namun pujian diharap bertukar menjadi kejian sehingga menyebabka­n kehidupan kedua-dua mereka terseksa, lapor Norhadiani Baharom

- Norhadiani Baharom yanie@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur

Muka Firaun, hantu dagu, dagu panjang, dagu terpisah muka dan nenek sihir. Itu antara sindiran dilemparka­n kepada mereka sehinggaka­n berasa malu untuk berdepan dengan masyarakat.

Tidak tahan dengan ejekan, dua individu yang membuat suntikan kolagen bagi meruncingk­an dagu, Sarina Shafie, 38, dan Baharun Baharudin atau lebih dikenali sebagai Embun, 37, mengambil keputusan membuang kolagen bagi mengembali­kan dagu mereka ke bentuk asal.

Menurut Sarina, dia mengambil suntikan kolagen ketika berumur 25 tahun untuk kelihatan cantik kononnya mahu memiliki wajah seperti selebriti.

“Lagipun saya tidak mahu ketinggala­n dengan trend suntikan yang popular pada masa itu,” katanya.

Namun, masalah mula timbul apabila mencecah usia 35 tahun.

“Ramai yang tegur kenapa dagu panjang, kenapa dagu pelik, kenapa dagu terpisah dari muka, kenapa muka dulu cantik, kenapa muka jadi macam ini dan jutaan lagi soalan yang buat saya mula risau kerana saya sendiri tidak perasan dengan dengan perubahan wajah saya.

“Menjadikan saya lebih tertekan selaku pemilik produk kosmetik, saya selalu mengajar mekap secara langsung di media sosial namun terganggu kerana komen menghina dan mengutuk saya secara terbuka.

“Malu dan sedih yang teramat dan lebih membimbang­kan dagu berubah menjadi panjang dan sakit di sesetengah bahagian.

“Akhirnya saya memberanik­an diri untuk ke klinik dan doktor menyaranka­n saya membuang kolagen itu kerana terdapat banyak implikasi antaranya fibrosis dan kanser,” kata pemilik produk Syok Cosmetics itu.

Sarina berkata, kos suntikan untuk ‘membuat’ dagunya cuma RM300, tetapi membuangny­a menelan kos hampir 40 kali ganda iaitu RM12,000 termasuk ubat dan rawatan susulan.

“Azabnya jangan cakaplah, hanya Tuhan saja yang tahu. Rasa nak mati pun ada,” katanya.

Proses pembedahan yang dilakukann­ya beberapa bulan lalu itu berlangsun­g selama empat jam dan Sarina menerima lebih kurang 20 suntikan ubat tahan sakit yang dicucuk di sekitar mulut dan dagu.

Katanya, doktor juga menebuk satu lubang di bawah dagu, dimasukkan besi dan dibiarkan panas selama 20 minit untuk mencairkan kolagen sebelum disedut keluar.

“Memang ngeri bila diingat kembali saat pembedahan dilakukan dan selepas itu muka saya bengkak teruk dan tidak boleh makan selama hampir dua minggu dan sembuh enam bulan kemudian,” katanya.

Saranan Sarina kepada wanita yang ingin melakukan suntikan wajah, dapatkan nasihat daripada doktor dan pakar kecantikan yang bertauliah jika memang terpaksa melakukann­ya.

Sama seperti Sarina,

Embun membuang kolagen yang disuntik di bahagian dagunya pada Mei lalu kerana ia semakin kelihatan pelik.

“Saya membuat dagu itu kerana dulu badan saya berisi dan muka saya seperti tidak mempunyai dagu,

bagaimanap­un selepas mengamalka­n diet sehingga berjaya menurunkan berat badan, saya dapati dagu makin panjang.

“Reaksi orang ramai melihat saya, sentiasa dengan pandangan aneh. Kenapa dagu kau panjang dan senget serta pelbagai gelaran menghina yang saya terima, cukup memalukan,” katanya.

Dia terpaksa membuat dua kali pembedahan di negara jiran namun hasilnya tetap sama hinggalah dia bertemu dengan pakar tempatan yang berjaya membuang bahan berkenaan.

“Saya gelarkan kolagen ini sebagai saka. Sebab dua kali bedah pun masih tak nak keluar sepenuhnya. Hampir RM10,000 duit saya melayang,” katanya yang turut berharap pengalaman buruknya dijadikan iktibar.

Dua individu suntik kolagen murah untuk dagu runcing terpaksa bayar berlipat ganda

untuk buang

 ??  ??
 ??  ?? EMBUN menunjukka­n sebahagian dagu yang terpaksa dibuang selepas menjalani pembedahan.
EMBUN menunjukka­n sebahagian dagu yang terpaksa dibuang selepas menjalani pembedahan.
 ??  ??
 ??  ?? WAJAH sebelum dan selepas Sarina menjalani pembedahan membuang kolagen.
WAJAH sebelum dan selepas Sarina menjalani pembedahan membuang kolagen.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia