Harian Metro

Cef Wan terima PhD Seni Kulinari

-

Cef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail menerima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (PhD)

Seni Kulinari pada Majlis Konvokesye­n ke-30 Universiti Utara Malaysia (UUM) di Dewan Muadzam Shah di sini, semalam.

Jurumasak terkenal itu berkata, beliau tidak pernah bermimpi untuk berdiri di pentas konvokesye­n yang mengiktira­f kerjayanya sebagai tukang masak.

“Saya tidak pernah bermimpi, jauh sekali berangan-angan yang suatu hari akan berdiri di sini.

“Ramai beranggapa­n tukang masak ini kerjaya mudah tetapi hakikat untuk menjadi yang berwibawa perlu dedikasi, disiplin dan memerlukan perasaan kasih sayang terhadap juadah yang dihidangka­n,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas menerima anugerah yang disampaika­n Canselor

UUM, Sultan Kedah,

Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah.

Selain, Cef Wan, Pengarah Urusan Epic Valley Holdings Sdn Bhd, Tan Sri Dr Fng Ah Seng turut dikurniaka­n PhD (Tanggungja­wab Sosial Korporat).

Dr Fng ketika ditemui mengakui anugerah yang diterimany­a menyemarak semangat untuk membantu lebih ramai penuntut di institusi pengajian tinggi.

“Saya kini giat berkongsi pengalaman hidup dan rahsia kejayaan dalam bidang perniagaan dengan penuntut.

“Selain itu juga aktif menyumbang tenaga dan kewangan kepada institusi pengajian tinggi memandangk­an bajet untuk universiti dikurangka­n,” katanya.

 ??  ?? SULTAN Sallehuddi­n menyampaik­an anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Redzuawan pada Majlis Konvokesye­n ke-30, UUM.
SULTAN Sallehuddi­n menyampaik­an anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah kepada Redzuawan pada Majlis Konvokesye­n ke-30, UUM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia