Harian Metro

Pinjam RM10,000 dipaksa bayar RM50,000

-

Kuala Lumpur: Walaupun tahu tindakan meminjam daripada along bakal menjerat diri, namun jika individu berkenaan tersepit pasti tetap menggunaka­n khidmat lintah darat itu hingga menyebabka­n dirinya hidup dalam ketakutan.

Ini yang menimpa seorang wanita berusia 25 tahun dikenali sebagai Nabiha apabila memilih jalan mudah meminjam along sebanyak RM10,000 untuk membeli beberapa barangan keperluan termasuk membayar sewa rumah.

Namun, kesenangan sementara itu akhirnya memakan diri apabila dia dipaksa membayar lebih RM50,000 kepada along termasuk bunga dan kegagalan berbuat demikian menyebabka­nnya diugut akan dirogol.

Menceritak­an kejadian malang itu, Nabiha yang bekerja sebagai pembantu di sebuah restoran makanan segera mahu menggunaka­n wang dengan kadar segera untuk membayar sewa rumah dan membeli telefon bimbit.

“Saya sudah cuba untuk meminjam dengan institusi kewangan seperti bank dan syarikat pinjaman wang berlesen, namun semuanya menolak permohonan terbabit kerana masalah dokumen.

“Berikutan itu, saya meminjam daripada seorang lelaki yang diperkenal­kan oleh rakan, namun tidak menyangka dia sebenarnya adalah along,” katanya, di sini.

Nabiha berkata, dia meminjam RM10,000 daripada along berkenaan dan pada bulan pertama tiada masalah dan dia membayar RM2,000 seperti yang dijanjikan sebelum ini.

“Saya tiada masalah untuk membayar setiap bulan iaitu sebanyak RM500, namun selepas tempoh setahun, jumlah pinjaman tidak berkuranga­n namun semakin bertambah hingga mencecah RM20,000.

“Melihat jumlah berkenaan semakin bertambah, saya enggan membuat pembayaran dalam tempoh beberapa bulan sebelum beberapa individu tidak dikenali datang ke rumah di Pandan Indah, dan membuat kecoh serta melontar cat merah,” katanya.

Takut melihat keadaan itu, Nabiha cuba berunding dengan along berkenaan supaya mengurangk­an jumlah hutang dan berjanji akan menyelesai­kannya secepat mungkin.

“Lain pula yang berlaku apabila along berkenaan menaikkan nilai pinjaman mencecah RM50,000 dan memberi tempoh tiga bulan untuk menyelesai­kannya.

”Saya terpaksa meminjam dengan keluarga dan rakan lain untuk menyelesai­kannya dan kini hutang pula semakin bertambah selain hidup pula dalam kesempitan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia