Harian Metro

USAHA LADANG 100 EKAR

-

sayuran berdaun dan penternaka­n ikan, ladang berkenaan turut mempunyai dusun buahbuahan kerana ia tanah yang diambil alih.

“Dalam menggapai misi membekalka­n makanan berpanjang­an kepada bank makanan, terlebih dulu kita perlu menjalanka­n perniagaan untuk mendapatka­n kestabilan serta memperluas­kan lagi sumber makanan,” jelasnya.

Muhammad Zhariff juga mempunyai idea untuk mewujudkan ‘ladang satelit’ di kawasan bandar dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan. Lebih menarik, lelaki berjiwa besar yang dilahirkan tanpa kedua-dua tangan ini melihat ia sebagai peluang mencipta pekerjaan buat golongan gelandanga­n dengan mengusahak­an ladang satelit berkenaan.

Tidak sekadar membekalka­n sumber makanan percuma, gelandanga­n sendiri membantu masyarakat dengan menyalurka­n tenaga menguruska­n ladang satelit yang mungkin boleh difrancais­kan.

Menjalani kehidupan aktif tanpa batasan kudrat, Muhammad Zhariff mengakui idea itu tercetus apabila beliau dijemput menyertai program larian pada 2015 yang bertujuan mengutip dana ‘food bank’ bagi sebuah badan bukan kerajaan.

Berbanding berpenat untuk larian, beliau terfikir untuk mengambil pendekatan berbeza menerusi perniagaan sosial melalui projek ‘Feed The Future’ yang membekalka­n bahan makanan secara berpanjang­an.

Memikul amanah sebagai Duta Belia TN50, Muhammad Zhariff berhasrat untuk fokus terhadap isu pembanguna­n masyarakat dengan kerjasama pelbagai kementeria­n dan agensi kerajaan.

“Menerusi peranan ini, saya memperjuan­gkan agenda orang kurang upaya (OKU) yang memerlukan pembelaan terutama dari segi fasiliti dan penerimaan masyarakat. Demi pembanguna­n sebuah negara bangsa yang berjaya, semua lapisan rakyat harus bersama-sama dan tiada sesiapa pun dipinggirk­an mahupun diketepika­n, termasuk OKU.

“Sebenarnya OKU mempunyai jati diri tersendiri yang mampu menonjolka­n keupayaan mereka dalam masyarakat sekiranya diberi peluang. Sebagai contoh, saya pernah memohon untuk memasuki universiti tempatan, malangnya ditolak kerana hanya kekurangan diri.

“Meskipun ramai berpendapa­t sedemikian, sebenarnya saya tidak pernah mengkatego­rikan diri sebagai OKU atau cacat, malah tidak pernah saya hanya bergaul dalam komuniti sebaliknya jaringan sosial saya sangat terbuka.

“Berbeza situasi apabila saya diterima masuk ke Griffith University, Australia. Komuniti seperti saya diberi peluang untuk menyuaraka­n pandangan

 ??  ?? TIDAK menganggap diri serba kekurangan.
PROFIL
NAMA: Muhammad Zhariff Afandi
JAWATAN: Duta Belia Transforma­si Nasional 2050
LAHIR: 7 Disember 1981 ASAL: Petaling Jaya, Selangor
PASANGAN: Lynet Harun ANAK: Zeya Marlena (4) PENDIDIKAN: Ijazah...
TIDAK menganggap diri serba kekurangan. PROFIL NAMA: Muhammad Zhariff Afandi JAWATAN: Duta Belia Transforma­si Nasional 2050 LAHIR: 7 Disember 1981 ASAL: Petaling Jaya, Selangor PASANGAN: Lynet Harun ANAK: Zeya Marlena (4) PENDIDIKAN: Ijazah...
 ??  ?? SERING menghabisk­an masa dengan aktiviti lasak.
SERING menghabisk­an masa dengan aktiviti lasak.
 ??  ?? SENTIASA terbuka dengan idea baru yang menyumbang kepada masyarakat dan alam.
SENTIASA terbuka dengan idea baru yang menyumbang kepada masyarakat dan alam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia