Harian Metro

PENAMA HANYA PEGANG AMANAH

-

Saya ada simpanan dan menamakan anak sulung dalam kalangan empat beradik serta isteri sebagai dua pewaris utama. Seandainya saya meninggal dunia, adakah wang simpanan (harta pusaka) itu akan dibahagi mengikut faraid walaupun ada penama?

NORDIN, Kuantan

adalah pemegang amanah, dia bukannya pemilik harta berkenaan sebagaiman­a yang difahami oleh kebanyakan orang. Justeru, cara terbaik ialah meletakkan hanya seorang penama dan menerangka­n kepada penama itu mengenai amanah dan tanggungja­wab yang perlu dilaksanak­annya apabila pemunya harta meninggal dunia.

Penama perlu melaksanak­an tuntutan harta si mati termasuk hutang, wasiat, ibadah qada dan urusan berkaitan yang wajib dan akhirnya diagihkan mengikut faraid.

Yang penting adalah agihan dibuat secara adil berdasarka­n saranan dalam sabda Rasulullah SAW: “Pelajarila­h ilmu faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhn­ya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau.

“Sehingga apabila dua orang bertelingk­ah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesai­kan kes mereka.” (HR Al-Hakim)

Kesimpulan­nya, penamaan adalah proses meletakkan nama individu sebagai penama iaitu pentadbir yang diistilahk­an sebagai wasi untuk menerima dan mentadbir wang simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja ahli apabila ahli meninggal dunia.

Jika penama masih bawah umur, ia akan menyebabka­n agihan tertangguh sehingga penama dewasa. Wallahuakl­am.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia