Harian Metro

Carilah rakan berbuat baik

-

Kenapa sesetengah orang berasakan dunia ini penuh dengan kejahatan dan dipenuhi orang jahat? Ada yang tidak percaya ada orang baik di dunia ini. Tanggapan ini wujud apabila seseorang melihat persekitar­an dan orang yang dekat dengannya.

Jika sepanjang hidup dia sering diperlaku dengan buruk dan melihat perlakuan itu di sekeliling­nya, dia akan membuat kesimpulan tidak ada orang baik dalam dunia ini.

Kalau dia melihat ada orang yang baik, dia mempunyai sangkaan buruk, orang yang kelihatan baik itu hanya berpura-pura.

Seorang yang baik atau berusaha menjadi baik perlu mencari suasana yang memudahkan dia kekal dalam kebaikan. Dia perlu berhijrah.

Seorang yang baru mendapat hidayah misalnya, perlu berhijrah kalau sebelum itu dia berada dalam suasana tidak baik atau dikeliling­i orangorang yang tidak suka buat kebaikan.

Misalnya, mencari suasana tempat kerja memudahkan solat berjemaah, menjaga pergaulan dan berpakaian menutup aurat.

Suasana itu membantu jadi baik dan kekal dalam kebaikan. Apabila seseorang banyak melakukan kebaikan atau mula berusaha menjadi baik, dia akan menarik orang-orang seperti itu di sekeliling­nya.

Seperti magnet, dia akan menarik orang membuat kebaikan atau sedang berusaha menjadi baik.

Perhatikan sekeliling kita. Apabila seseorang disibukkan dengan perkara baik, dia akan selalu berada di tempat orang yang berbuat baik.

Kebaikan seperti magnet

Kebaikan akan menarik kebaikan seperti magnet. Orang baik juga akan menarik orang baik. Dalam persahabat­an, dia akan mendapat sahabat yang baik. Dalam perkongsia­n hidup, lelaki baik akan menarik perempuan baik menjadi pasangan hidupnya.

Namun ada orang baik tidak bertemu pasangan baik sebagai ujian buatnya, seperti Asiah yang bertemu jodoh dengan Firaun, jodohnya adalah sejahat-jahat manusia.

Asiah kekal dalam kebaikan hingga ke akhir hayat, manakala Firaun kekal dalam kejahatan hingga dia menemui Allah dalam keadaan derhaka.

Namun ada orang baik dijodoh dengan orang kurang baik tetapi kemudian pasanganny­a menjadi baik selepas mendapat hidayah.

Banyak kita temui kes seperti ini. Begitulah hikmah Allah dalam mengatur urusan manusia. Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya.

Allah berfirman dalam alQuran yang bermaksud:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (alBaqarah 216)

Kalau orang yang baik belum bertemu dengan sahabat atau orang yang baik dalam hidupnya, itu adalah ujian Allah.

Seseorang wajib berusaha bergaul dengan orang yang suka berbuat kebaikan kerana dunia ini ialah tempat untuk kita melakukan kebaikan sebanyak mungkin agar bahagia di akhirat dan selagi Allah mengizinka­n hayat dunia ini masih ada, dunia akan terus dihuni oleh orang baik.

Orang yang baik adalah orang Mukmin kerana dia baik dengan Allah dan baik dengan manusia. Tidak dikatakan baik di sisi Islam jika seseorang itu hanya baik dengan manusia tetapi tidak baik dengan

Allah, seperti tidak menjaga solat, tidak menutup aurat, bergaul bebas, tidak berpuasa pada Ramadan dan tidak menunaikan perintah Allah yang lain.

Oleh itu, sebagai umat

Islam kita seharusnya menjaga kedua-dua hubungan ini sekiranya kita ingin menjadi insan yang benar- benar berada dalam kebaikan iaitu menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia.

Inilah kunci kebahagiaa­n yang sebenar dalam hidup kita dan sesungguhn­ya usaha kita ke arah kebaikan dan menyebarka­n kebaikan akan menjadi saham akhirat kita bahagia di sana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia